Ekoran Kritikan Ajami Hashim ... Blogger dan Media Cetak: Dua Konsep berbeza...


Ajami ( bertopi) ... bersama Syawal adalah gambar hiasan

oleh: Amy Ikram Ismail

'Wajarkah sesebuah filem yang mempunyai naratif penceritaan yang agak lemah serta kandungan plot yang caca-merba, perlu dikritik secara positif walaupun terpaksa hipokrit demi menjaga hati semua pihak?'. Itulah persoalan yang ingin saya timbulkan disini selepas membaca segala komen dan ulasan daripada sebuah laman blog terkemuka kepunyaan saudara Ajami Hashim, tentang 'Ulasan Blogger gagalkan filem di pawagam'. Daripada kritikan yang direncanakan oleh Ajami terhadap salah sebuah filem tempatan yang ditayangkan kepada media beberapa bulan lepas, bukan bertujuan untuk menggagalkan sesebuah filem dipawagam, tetapi ulasan yang dikemukakan itu bertujuan secara peribadi bukannya negatif. Walhal demikian, para produksi sesebuah filem haruslah menerima semua kritikan yang dibuat oleh para blogger terhadap sesebuah filem tempatan walaupun ia ditayangkan kepada media bukannya untuk tontonan awam. Kritikan yang diulas dalam sesebuah blog haruslah secara jujur terhadap perjalanan sesebuah filem kerana kritikan yang bagus walaupun secara sindiran ( dalam blog ajami ), haruslah dijadikan sempadan dalam menghasilkan lebih banyak lagi karya yang bagus daripada karya pertama sebelumnya. Seseorang penonton yang waras perlulah menonton kesemua filem yang ada dipawagam mengikut citarasa masing-masing bukannya citarasa berdasarkan kritikan para blogger, kerana tulisan para blogger selalunya bersifat terbuka dan adakalanya penuh sindiran, sehinggakan sesetengah pihak mengandaikan bahawa ia akan menimbulkan spekulasi terhadap sesebuah perkembangan dalam penerimaan khalayak pada sesebuah filem yang bakal ditayangkan atau sedang ditayangkan. Mungkin ada diantara anda memperkatakan bahawa 'tidak adil sesebuah filem yang belum ditayangkan kepada umum dan cuma kepada media, diulas di dalam sesebuah blog. Dan ulasan tersebut perlulah bertujuan untuk promosi walaupun ia memaparkan naskhah yang cuba memperbodohkan penonton dengan naratif dan plot yang agak lemah walaupun secara teknikalnya sedikit boleh dibanggakan?. Sekiranya anda salah seorang peminat dunia filem, anda akan menonton kesemua filem dipawagam walaupun ia filem yang membosankan, dan jika anda seorang yang bertanggungjawab anda akan membandingkan apa yang anda tonton tadi dengan apa yang diulas dalam sesebuah blog terhadap sesebuah filem. Walaupun ia filem yang belum masuk panggung dan dikritik hebat di dalam blog, anda perlu jadi seorang lelaki atau perempuan sejati dengan pergi menonton dan fikirkan apakah yang membuatkan sesebuah filem itu tidak bagus dan cuba memaparkan benda yang remeh? Ingat, jangan menyalahkan sesebuah filem daripada tulisan para blogger.

Penulis blog dan penulis di media cetak adalah dua kelompok yang berbeza, kerana penulis blog atau blogger selalunya akan mengkritik sesebuah filem secara terbuka dengan susunan ayat yang kadangkala menyusuk kalbu dan menyakitkan. Ia adalah bebas dan tidak terikat dengan sesebuah organisasi sepertimana penulis di media cetak. Di Media cetak, anda perlulah menulis yang positif demi mempromosikan sesuatu produk umpamanya filem. Penulis artikel di media cetak tentang sesebuah filem akan menulis atau merencanakan hasil tulisan mereka untuk pembaca umum dan selalunya mereka menulis yang baik-baik walaupun ia karya yang penuh dengan naratif yang 'barai' kata teman saya, yang bertujuan untuk promosi. Di media cetak juga, anda tidak boleh memaparkan sesuatu yang negatif, cuma anda boleh mengkritik secara kiasan yang mempunyai mesej dan saranan yang positif, berbanding blogger yang bebas dan merdeka dari segi ulasan dan kritikan kerana blogger menyajikan ulasan-ulasan yang pelbagai dan sebagai pembaca yang waras, mereka akan mengkaji setiap pernyataan yang ditulis 'apakah benar dan kenapa ia tidak benar?'. Bagi saya, sekiranya Ajami menulis tentang filem yang tidak berkualiti, contohnya filem kisah 'A' yang naratifnya bangang, saya akan membaca dan memikirkan apakah benar dan kenapa Ajami menulis sebegitu? Dan kesimpulannya, saya akan pergi menonton demi menuntut kebenaran atas ulasan tersebut. Justeru, sebagai karyawan sesebuah filem haruslah menjadikan semua kritikan, ulasan atau komen daripada blogger terhadap filem anda walaupun ia karya yang tidak berkualiti, serta perlulah menerima ulasan tersebut dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk anda berkarya lagi dan mempelajari kesilapan lalu. Cuma karyawan yang lemah adalah karyawan yang takut akan kerugian sesebuah filemnya. Ingat belajarlah dari produser David Teo.. cewah...

Catat Ulasan

3 Ulasan

Ajami Hashim berkata…
"Walaupun ia filem yang belum masuk panggung dan dikritik hebat di dalam blog, anda perlu jadi seorang lelaki atau perempuan sejati dengan pergi menonton dan fikirkan apakah yang membuatkan sesebuah filem itu tidak bagus dan cuba memaparkan benda yang remeh?"

well said & written bro!

gua no komen coz dah berbuih molot, eh! sakit jari menaip keyboard laptop nak terangkan! muahahaha!

p/s: 26/11 ~ preview 'TWILIGHT' pagi 10:15am gsc, pavilion jom!.. pastu gi forum KMBM kat UM ptg 2-5pm.. abg Mamat ajak suma blogger tersohor tanah melayu utk join! baru best nak bertikam-lidah dgn beliau! kannnnn?..
Amy Ikram berkata…
preview twilight pergi offcourse.. tapi petang tue aku tak confirm ok.. ruginya kalau tak gi..
fadz berkata…
ya betul, terpulang pada pembaca untuk menilai. Semangat menonton itu selalu tak masuk dek akal kalau baca rebiu saja, malah ramai yg baca ulasan saya tentang filem tersebut pergi menonton filem itu kerana ingin melihat kebenaran 'ulasan' yg saya tulis.