Screamfest 08: Filem Histeria Tidak Mengecewakan..!

Ini bukan ulasan atau review....

'Memang best dan tidak mengecewakan..!' itulah yang boleh saya katakan pada naskhah terbaru terbitan Tayangan Unggul yang bakal menemui khalayak pada pertengahan Disember nanti. Filem arahan James Lee ini penuh teliti garapannya serta mempunyai jalur cerita yang tersusun, mendebarkan dan penuh kontroversi pada satu adegan yang agak suspend... Apa adegan tue?. Rahsia and off the record!! Anda kena tengok filem ini pada Disember nanti dan khabarnya tayangan perdana filem ini untuk media adalah pada pertengahan November 2008. Saya tak boleh memberikan ulasan terperinci mengenai filem ini kerana tayangan 1 November 2008 semalam bertempat di GSC Pavillion adalah Tayangan tertutup sempena Screamfest 08 adalah 'Halloween Day's'. Dan ulasan terperinci akan saya updated selepas Preview untuk media nanti ye.. Apapun.. terima kasih kepada Kak Ila dri Astro yang sudi memberikan saya masuk percuma semalam... thank's so much. Filem ini memang best, menyeramkan, suspend dan bukan seperti filem Malaysia lain yang terlalu menghormati.. syabas pada James Lee...



Sinopsis filem Histeria..
(Daripada Sinema Malaysia )

‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. Apakah benar Murni yang membunuh? Atau … siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Nantikan kemunculan ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.

p/s: Ulasan terperinci filem ini tidak dapat saya siarkan lagi kerana semalam 1 Nov 08 adalah tayangan bukan untuk media.. jadi tunggulah Tayangan Perdana untuk media ye..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
WOW!!
bolehkah histeria memintas filem seram paling best selepas susuk kat jiwaku ini???

kalau kau punya kuasa menjemput orang tgk tayangan perdana histeria, jgn lupakan aku.
kerna ku senang kesedihan terlepas tayangan perdana cicakman 2 kat damansara...cis 3 pm adalah waktu orang bekerja...dibuatnya juga tayangan perdana.