23 November 2009, 5 Zulhijjah 1430H


Yasmin Ahmad Memory ( 1958 - 2009 )

Yasmin Ahmad Memory ( 1958 - 2009 )
"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi Satu" .Al Fatihah buat Yasmin Ahmad yang sudah meninggalkan kita pada 11.25 malam, Sabtu 25 Julai 2009.

'Anugerah Yasmin Ahmad', di malam Anugerah Skrin 2009!!!  

Posted by: amy ikram ismail


Sebagai penghargaan tertinggi di malam Anugerah Skrin 2009 yang bakal berlangsung pada 4 Disember 2009, di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur, TV3 melalui Media Prima Berhad akan memperkenalkan satu kategori khas bagi mengenang jasa pengarah iklan dan filem tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad. Anugerah yang di beri nama 'Anugerah Yasmin Ahmad' ini sebenarnya merupakan satu anugerah khas yang diwujudkan bagi mengiktiraf bakat-bakat baru dalam bidang seni persembahan merangkumi dunia lakonan, filem dan drama. Anugerah yang julung kali diadakan ini merupakan platform terbaik buat semua karyawan filem tempatan yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi agar penglibatan mereka di dalam industri dihargai dan dikagumi. Penganjuran Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) merupakan acara tahunan yang menjadikan 'Anugerah Yasmin Ahmad' ini sebagai satu anugerah yang mungkin akan dikekalkan di dalam slot Anugerah Khas (Anugerah Skrin) di sepanjang tahun. Menurut Datuk Seri Farid Ridzuan, Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad mengulas kenyataan media bahawa anugerah yang mengambil judul nama Yasmin Ahmad ini adalah penghargaan buat Allahyarham Yasmin Ahmad yang banyak menyumbangkan idea kreativitinya melalui iklan-iklan petronas, filem dan sebagainya. Bahkan juga, kualiti dan kreativiti setiap pembikin filem dan drama juga dilihat sebagai tonggak kemajuan perusahaan perfileman dan hiburan negara. Justeru, bagi saya kewujudan anugerah ini bukannya untuk mengagungkan kredibliti Yasmin Ahmad di dalam industri perfileman dan komersial, tetapi ia sebagai iniasitif untuk kita pergi jauh sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham melalui karya-karya yang pernah diterbitkan dan di arahkannya.

Wallahuallam

p/s: confirm ada yang merungut nanti pasal anugerah ini. Tetapi bagi saya, tak perlu kita cemburu sesama kita kerana tak ada faedahnya okay!!!.

This entry was posted on 11/11/2009 12:28:00 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan