Setiap Rabu dan Khamis, 9 malam
di Astro Citra
Dokumentari terbitan Red Films bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), 'Dato' Siti Nurhaliza : Biography', akan ditayangkan secara eklusif pada 11 Januari 2012, 10.00 malam di History Channel 555 dan HD History 575. Dokumentari yang menceritakan suka duka bintang ternama dan Diva Malaysia itu merupakan dokumentari ketiga yang dihasilkan selepas P.Ramlee dan Sudirman Arshad.
agi anda peminat setia OMBAK RINDU bolehlah melanggan filem ini dengan menekan saluran 480, bagi membolehkan anda menonton OMBAK RINDU dalam dua format iaitu SD dan HD BEYOND
Cinta, Seks, Skandal, Persahabatan dan Alam Kehidupan Maya' yang bersangkut paut dengan alam realiti diterjemahkan secara jujur oleh Khairil M.Bahar menerusi 'Relationship Status
Menggunakan tagline 'dengan keampunan kita dimaafkan', Muallaf membawakan kepada kita sebuah paparan kisah yang agak sensitif mengenai Brian ( seorang guru sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak) dengan Rohana (Sharifah Aleysha) dan Rohani (Sharifah Armani)
Sesuatu Yang Tertinggal tidak berjaya meninggalkan hati dan jiwa saya dalam filem ini, cukuplah sekadar saya teruja dan terpegun menyaksikan Mona dengan imej JU ON nya - AMY IKRAM
'Mak.. missed you so much!!'... kehilanganmu bermakna perjuangan kami anak-anak seni tidak akan terhenti dalam memperjuangkan apa yang ada dan tersirat disebalik isi dan kandungan sesebuah filem. Kami akan mengingati mu di mana jua kami berada. Kaulah satu dalam sejuta.. Allahyarham Yasmin Ahmad, permata yang sukar di cari ganti'...


"Diana Danielle bukan artis 5 star, oleh sebab itulah pihak Istana Budaya tidak meluluskan pembayaran berjumlah RM 10,000 kepadanya, tetapi untuk Maya Karin, kita bayar lebih mahal daripada Diana dengan alasan Maya seorang pelakon yang berbakat dan pernah memenangi beberapa anugerah', kata Erma Fatima menjelaskan kontroversi yang berlaku selepas penarikan diri pelakon muda, Diana Danielle daripada membintangi teater Natrah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, pada 30 Nov hingga 9 Disember 2009. Teater Natrah yang akan di arahkan oleh Erma Fatima ini di bintangi oleh Maya Karin, Remy Ishak, Umie Aida dan Sofea Jane, sebenarnya merupakan sebuah kisah kehidupan gadis bernama Natrah suatu ketika dahulu yang menjadi rebutan dua negara melibatkan Belanda dan Singapura sehingga berlaku pertumpahan darah. Justeru, apapun kontroversi yang berlaku ke atas teater ini, pementasannya tetap akan berlaku. Nantikan sahaja di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selepas kejayaannya mengadakan persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur beberapa bulan lepas, Diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kini akan mengadakan konsert terbarunya di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada 14 November 2009 pukul 8.30 malam. Konsert yang bakal memuatkan kira-kira 10,000 penonton ini merupakan konsert khas sempena ulangtahun ke 17 Hai-O Marketing Sdn Bhd yang tiketnye akan mula dijual mulai 22 Oktober 2009. Seribu Warna Datuk Siti Nurhaliza ini juga akan menampilkan Saida, Saira dan Kumpulan Coda selaku artis jemputan bagi memeriahkan konsert tersebut. Bagi anda yang ingin menyaksikan konsert tersebut, bolehlah mendapatkan tiket bernilai RM 60.00 yang boleh di dapati secara online menerusi laman ticket2U.biz. Tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat!!
Penangguhan konsert Diva Antarabangsa, Beyonce Knowles yang dijadualkan pada 25 Oktober 2009 di Stadium Putra Bukit Jalil kepada satu tarikh yang belum diputuskan lagi adalah kesan daripada bantahan keras sebuah organisasi keagamaan di Malaysia. Parti yang cenderung terhadap keagamaan itu menentang keras penganjuran konsert Beyonce Knowles kerana mereka memutuskan bahawa artis antarabangsa itu seorang penghibur yang sering mengenakan pakaian yang agak seksi dan ini memberikan impak kepada pergaulan bebas tanpa sempadan terutamanya dikalangan rakyat Malaysia yang beragama islam. Menurut penganjur yang menjual tiket secara online di laman axcess membuat kenyataan rasmi bahawa 'bagi mereka yang sudah membeli tiket, boleh mendapatkan wang mereka semula dengan menghubungi talian 03-7711 5000 atau layari www.axcess.com.my . Selain itu, mereka juga boleh datang sendiri di ibu pejabat Ticket Axcess di Petaling Jaya mulai dari 26 Oktober hingga 14 November bagi menuntut pembayaran yang telah dibuat. Namun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, tiada sebab untuk menghalang konsert itu di negara ini sekiranya penyanyi terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan. Bagi kita, konsert itu sudah pun diluluskan kerajaan Malaysia. 'Walaubagaimanapun, terpulanglah pada pengurusan Beyonce samada untuk menangguhkan atau membatalkannya sahaja' kata wakil media yang diminta mengulas sedikit pandangan mengenai penangguhan konsert tersebut di Malaysia.
Dalam kesibukan kita membicarakan tentang nilai sejarah dan warisan sesebuah bangsa dan budaya, lupakah kita kepada nilai artifak sesebuah bangunan yang menjadi lambang kehidupan kepada Bandaraya Kuala Lumpur?. Warisan inilah yang perlu dihargai untuk generasi akan datang kerana tanpanya kita tidak mungkin akan mengenal dan menghargai apakah yang dimaksudkan dengan nilai estetika, warisan dan sejarah sesebuah bangunan dan kehidupannya. Realiti inilah yang terpaksa kita tempuhi apabila diramalkan bahawa bangunan Penjara Pudu akan dirobohkan keseluruhannya bagi memberi laluan kepada pembinaan projek-projek esklusif yang menguntungkan. Projek yang bakal menelan belanja jutaan ringgit ini akan memuatkan beberapa pusat penempatan baru bertaraf kondominium serta pembinaan jalan raya yang bersistematik, cepat dan mudah. Perancangan ini akan menjadi kenyataan seandainya DBKL memutuskan bahawa ia perlu dilaksanakan, cuma kini dalam proses persetujuan antara beberapa pihak yang berkaitan. Namun, persoalan yang bermain di fikiran saya ialah apakah wajar Penjara Pudu dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek baru yang khabarnya cukup ekslusif dan menguntungkan?. Di manakah peranan pihak kerajaan melalui Jabatan Warisan Negara dalam situasi ini?. Mahukah mereka melihat satu lagi bangunan yang menjadi lambang sejarah negara ini dirobohkan tanpa sekatan?. Jika ini berlaku, maka Penjara Pudu hanya akan tinggal namanya sahaja. Barangkali ia akan dikenang sebagai tempat pengadilan bagi pesalah jenayah berat yang pernah mati di tali gantung di dalam penjara pudu ini. Mungkin juga sebagai tempat penyeksaan yang cukup menjijikkan. Walauapapun yang tercatat mengenai sejarahnya Penjara Pudu, pemeliharaannya perlu dilaksanakan sepertimana pemuliharaan Bangunan Bersejarah Sultan Abdul Samad yang kini menjadi tapak warisan negara yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, antara suka atau tidak atas keputusan yang diputuskan nanti, kita perlu akur dengan perubahan yang bakal dilaksanakan nanti kerana jika dibiarkan ia akan merosakkan pemandangan indah Kuala Lumpur. Bukan tidak menghargai khazanah sejarah negara, tetapi jika Penjara Pudu dijaga rapi dan tidak dibiarkan di mamah usia nescaya ia akan menjadi muzium warisan dan sejarah jenayah yang cukup menggerunkan di mata dunia. Namun, itu mungkin hanya tinggal nama jika benarlah ia akan dirobohkan. Wallahuallam.

JAMINAN yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam pada akhir Seminar Garis Panduan Penapisan Filem memberi kelegaan kepada penerbit dan karyawan filem tempatan.
Walaupun sebelum ini ada rungutan bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF) agak rigid dan tidak konsisten tentang sesuatu peraturan, tetapi Mahmood berkata, hasil daripada seminar ini dan satu lagi seminar akan mengubah senario itu.
Beliau realistik dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat khususnya aliran dan kemudahan mengakses filem lebih luas berbanding dulu. Pada masa yang sama Mahmood mahu meletakkan LPF sebagai sebuah badan yang juga turut menyumbang kepada pembangunan industri filem tempatan.
Mahmood telah mengubah persepsi umum khususnya kalangan penggiat dalam industri filem bahawa LPF tidak toleran, sebaliknya sekarang ini badan itu mengamalkan dasar pintu terbuka kepada perbincangan dengan penggiat filem.
Seminar Penapisan Filem yang dianjurkan oleh Bahagian Kawalan Filem KDN diadakan di hotel Grand Seasons Kuala Lumpur Ahad lalu. Empat pembentang yang terdiri daripada Ahli Majlis Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohd. Azmi Abdul Hamid, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Ahmad Puad Onah, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dan Prof Madya Dr. Asiah Sarji.
Mohd. Azmi dalam kertaskerjanya menekankan slogan 'seni untuk seni' yang dijadikan lesen kreatif untuk mengetepikan landasan akhlak dan agama tidak dapat diterima.
"Atas nama seni, seks, tahyul, ganas, kebiadaban dijadikan pelaris filem sama sekali tidak dapat diterima walaupun ia dihujahkan sebagai realiti semasa dan ia memenuhi selera penonton.
"Konsep realisme yang sering diagungkan oleh karyawan filem sebagai unsur penting dalam menghasilkan layar tidak boleh terlepas dari pedoman dan akhlak," katanya.
Sambil menyifatkan cabaran arus globalisasi dan asakan langit terbuka, Azmi menyatakan tanggungjawab LPF semakin besar dan tidak mengikut telunjuk selera penonton kerana akan hancurlah budaya bangsa.
Sementara itu Ahmad Puad pula berkata Gafim sudah merungkaikan 40 garis panduan dan hampir sebahagian daripadanya sudahpun dirungkai melalui proses penambahbaikan.
Tambahnya, bilangan filem tempatan yang memasuki pawagam di Malaysia lebih kurang 30 buah sahaja jika mahu dibandingkan dengan filem luar.
"Satu filem tempatan bersamaan dengan 50 filem luar. Dalam setahun hampir 2,000 filem luar yang masuk ke pasaran kita. Tapi kenapa lebih banyak filem tempatan yang nak potong?
Menurutnya, LPF perlu menggariskan satu persatu secara terperinci. Apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Apa prinsip umum yang perlu karyawan tempatan patuhi.
"Kita hanya ada pengkelasan filem sahaja. Tapi bagaimana dengan media baru seperti Internet, permainan video dan filem interaktif? Inilah yang menjadi masalahnya," tegas Ahmad Puad.
"Kadangkala LPF dah luluskan tayangan tapi kementerian lain atau agensi lain yang bising mengenai sesebuah filem," jelasnya lagi.
Apa yang menjadi kekesalan ramai orang industri apabila LPF mula mempertikaikan tajuk sesebuah filem sedangkan ia sebenarnya dianggap sebagai 'sijil lahir' sesebuah filem.
Pontianak Harum Sundal Malam pernah menjadi mangsa kepada 'kekacauan' ini tetapi akhirnya Shuhaimi Baba selaku pengarah filem berkenaan mendapat kembali hak tersebut.
Sementara Ku Seman menerusi kertaskerja bertajuk Filem, LPF dan Kerenah Birokrasi melihat secara realistik peranan LPF yang semakin tidak relevan dengan perubahan teknologi maklumat yang berlaku secara pesat sekarang ini.
Menurutnya, LPF bukan lagi boleh dianggap pengawal moral kerana peratusan filem yang melalui LPF sama ada untuk pawagam dan stesen televisyen pada relatifnya sangat kecil dengan pintu-pintu lain tanpa melalui LPF.
Malah mempertikaikan "trauma" LPF terhadap filem yang diklasifikasikan sebagai ganas kerana LPF seharusnya melihat ganas atau tidak dalam konteks filem bukan secara babak ke babak.
"Keganasan memang menjadi satu ciri penting dalam kehidupan manusia. Tamadun bertolak dan berakhir dengan keganasan. Manusia menjadi dewasa kerana peperangan dan pembunuhan. Kegemilangan tamadun digerakkan oleh krisis dan sengketa. Malah filem perang sebenarnya membawa mesej antiperang," tegas Ku Seman.
Beliau mengesyorkan ahli-ahli penapis filem mempunyai "kecintaan" dan apresiasi yang tinggi terhadap filem dan mereka tidak hanya melihat moral daripada perspektif sivik semata-mata. Kalau ini tidak berlaku, maka tidak ada titik temu antara pemikiran karyawan dan pihak yang mengawal anasir budaya songsang dalam masyarakat.
Ku Seman melontarkan provokasi bahawa kewujudan Jawatankuasa Rayuan dan LPF yang merupakan dua entiti berbeza sebagai bukti kelangsungan birokrasi yang mesti diatasi dengan segera oleh KDN.
Bagaimana pun dengan jaminan yang diberikan oleh Mahmood bahawa beliau sendiri akan memantau perkembangan penambahbaikan garis panduan memberikan keyakinan perubahan akan berlaku dengan segera di LPF.
Malah suatu yang penting disebut Mahmood iaitu ahli penapis yang akan dibuka juga kepada kalangan karyawan filem adalah satu berita gembira untuk mengatasi masalah penapis tidak boleh melihat filem sebagai sebuah karya.
Kesungguhan Mahmood untuk melihat perubahan dan meletakkan LPF supaya relevan dengan perubahan zaman dan juga perlestarian akhlak dan budaya perlu disambut oleh seluruh lapisan karyawan filem.
p/s: saya mengharapkan agar LPF dapat meneliti sesebuah filem dengan melihat kepada apa yang ingin dipaparkan oleh karyawan dalam filemnya, bukan melihat dan mendengar dari mulut orang lain pasal filem tersebut. Namun, peranan LPF kini lebih terbuka dalam menerima setiap cadangan daripada setiap warga filem atas naratif sesebuah filem yang dipaparkan. Justeru, harapan saya agar peranan LPF ini diperbaiki dari semasa ke semasa. Insya allah.


p/s: 'Papadom'.. antara filem yang wajib anda tonton di pawagam okay!!. Terkilan juga rasanya apabila baru-baru ini ada seorang teman menghubungi saya, dia bertanyakan DVD tau VCD Papadom dah keluar ke belum kat pasaran!. Ayo!!. baru masuk wayang... dah tanya DVD!. pi la tengok kt wayang!!. kalau tiket masuk PUB @ CLUB berpuluh-puluh ringgit mampu, tiket wayang RM 10 berkira.. hurmm. nasib-nasib..
*Tayangan Unggul mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua yang sudah menonton Papadom. Jom sama-sama yang belum nonton.. pi tengok.. sekarang!!
sumber: Sinema Malaysia. Era kegemilangan filem melayu satu ketika dahulu menyaksikan filem-filem melayu klasik dengan tema kisah-kisah bangsawan, lagenda dan kepahlawanan bukan sahaja menjadi ‘genre’ filem yang sangat popular malah ianya merupakan sebuah kapsul masa yang merekodkan keunikkan adat resam dan budaya melayu itu sendiri. Terdapat hampir 90 buah judul filem melayu yang diterbitkan dengan tema bangsawan dan legenda.
Filem dengan tema bangsawan bolehlah diklasifikasikan sebagai sesuatu yang menampilkan kisah kepahlawanan atau yang berhubung kait dengan raja-raja atau perihal istana. Ia mempunyai kesinambungan dengan tema lagenda yang lebih menjurus kepada sesuatu yang bersifat mitos dan penglipur lara. Filem-filem bangsawan seperti Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Hang Tuah, Sri Andalas dan Lanchang Kuning merupakan sebahagian dari pelbagai koleksi kisah kepahlawanan di zaman kesultanan melayu silam yang diolah bukan sahaja berdasarkan sejarah malah menampilkan pelbagai aspek kebudayaan yang unik dan menarik. Filem dengan tema lagenda seperti Naga Tasik Chini, Si Tanggang, Anak Buluh Betong dan Raja Bersiong pula mencerminkan kreativiti penggiat filem terdahulu dalam menyampaikan kisah-kisah rakyat dengan olahan yang menarik dan jitu.
Filem-filem melayu klasik ini merupakan terjemahan paparan budaya dan adat resam melayu yang sangat tinggi nilai warisannya. Tanpa filem-filem seperti ini, kita mungkin hanya mengetahui kehidupan masyarakat terdahulu melalui bahan bacaan semata-mata. Namun dengan terjemahannya ke dalam filem, gambarannya menjadi lebih jelas dan berkesan. Filem-filem dengan tema bangsawan dan lagenda ini merupakan cereka dokumentasi budaya bangsa melayu satu ketika dahulu. Warisan yang sebegini indah wajar dihayati dan disemai pada generasi muda hari ini. Bak kata Laksamana Hang Tuah ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’.
Pameran akan bermula pada:
30 September - 31 Disember 2009 (Selasa - Ahad)
9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Galeri Perfileman FINAS No.3 Jalan Pahang Kechil Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Apakah benar Khir Rahman dipilih sebagai pengarah filem kontroversi ... dalam botol?. Jika benar, maka terjawablah sudah selama ini siapakah gerangan yang bakal memikul tanggungjawab yang agak berat ini. ...dalam botol, karya erotik yang mengisahkan hubungan songsang dan cinta sejenis antara pasangan lelaki ini akan memulakan penggambaran pada pertengahan November 2009 di mana pelakon utamanya adalah Arja Lee dan Wan Raja. Menurut Raja Azmi, ...Dalam Botol akan diarahkan oleh Khir Rahman sepenuhnya, namun bagi Raja Azmi, pilihan yang tepat bagi karya ini adalah Osman Ali, kerana cerita gay ini adalah dekat dengan diri Osman. Akan tetapi, Osman telah memaklumkan pada saya (Raja Azmi) bahawa beliau tidak dapat mengarahkan filem ini kerana terlibat dengan filem lain yang jadual penggambarannya adalah sama dengan ...Dalam Botol. Tambahnya lagi, pemilihan Khir Rahman adalah agak tepat memandangkan Khir pernah mengarahkan beberapa buah karya Independent, bahkan ...Dalam Botol merupakan salah satu karya Independent yang memerlukan garapan secara jujur. Ketika ditemui media dalam satu sidang akhbar, Khir Rahman menjelaskan bahawa beliau terkejut dengan tawaran yang dikemukakan padanya, namun bersetuju menggalas tanggungjawab tersebut bukan atas dasar wang ringgit, tetapi ...Dalam Botol merupakan sebuah karya yang sarat dengan mesej positif yang memerlukan pemikiran yang jitu untuk menghayatinya. Justeru, harapan Kak Raja adalah agar masyarakat dapat menonton dan menerima filem ini secara positif apabila ia ditayangkan kelak pada 2010 nanti. Insya allah..
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui kerjasama bersama syarikat Astrio Entertainment akan mengadakan Minggu Filem Asia pada 13 – 15 November 2009 bertempat di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Program 3 hari yang padat dengan bengkel bersama tokoh-tokoh perfileman Hollywood, ekspo perfileman, tayangan filem dan banyak lagi acara yang dapat memberikan pendedahan kepada karyawan tempatan. Ia juga satu peluang untuk berkongsi pengalaman dan membina jaringan antara karyawan tempatan dengan antarabangsa. FINAS mempelawa kepada karyawan tempatan yang berminat untuk menyertai acara ini dengan mendaftar di Bahagian Latihan Perfileman FINAS. Sila isi borang permohonan latihan FINAS dan hantar/faks/emailkan ke Bahagian Latihan FINAS sebelum 31 Oktober 2009.
sebarang maklumat berkaitan, sila hubungi...
"Cahaya adalah filem yang sangat cantik. Bukan mengenai kewujudan babak separuh bogel, tetapi jalan ceritanya. Kalau mahu filem kita lebih jauh atau Hollywood, kena ada sebuah karya yang lebih realistik" , kata Elaine Daily semasa ditemubual beberapa rakan media mengenai filem terbarunya, 'Cahaya'. Mempertaruhkan pelakon professional, Khir Rahman memegang watak seorang pakar refleksologi buta yang mencari sinar cahaya dalam menghidupkan seseorang, 'Cahaya', arahan Johan John menampilkan model jelitawan, Elaine Daily yang beraksi separuh bogel hanya memakai seluar dalam menerusi beberapa babak di katakan bakal mencetuskan kontroversi dalam sinema Malaysia apabila ditayangkan kelak. Memegang peranan sebagai seorang wanita yang hidup dalam dunia gelap sebagai satu kerjaya hidupnya, Elaine Daily menyifatkan bahawa 'Cahaya', bukan sebuah filem lucah, tetapi ia merupakan karya penuh 'erotik' yang mungkin akan diingati sepanjang zaman. Ketika berbicara mengenai soal jalan ceritanya, Elaine Daily menegaskan bahawa 'Cahaya' akan diingati mungkin dari sudut gaya pengarahan dan shotnya yang sangat indah, apatah lagi ia merupakan filem Malaysia yang bakal ditayangkan pembukaannya di luar negara, sebelum memasuki Malaysia. Namun, apa yang dibimbangkannya adalah potongan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang mungkin akan menganggu sesetengah babak dalam 'Cahaya', tetapi bagi Elaine Daily, 'Cahaya' sebuah naskhah yang amat menarik dan perlu ditonton oleh semua pencinta filem apabila ia ditayangkan kelak pada 2010 nanti.
Di antara perkara yang dibincangkan semasa sidang media 'Buku Kongres Kebangsaan Industri Hiburan Dan Kesenian Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur' baru-baru ini adalah mengutarakan beberapa cadangan dan usul berkaitan Industri hiburan, filem dan teater. Ini merujuk kepada 26 resolusi berkaitan.Resolusi Bidang Perfileman
Resolusi Bidang Media
Resolusi Bidang Muzik

Kegiatan itu ternyata sangat mengecewakan Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi yang menganggap ia sebagai penipuan secara terang-terangan dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada pihak tidak
“Sejak filem ini ditayangkan Februari lalu, alhamdulillah halangan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetak rompak filem ini berjaya disekat hanya untuk tujuh bulan saja.
“Sebaik filem ini dihasilkan dalam bentuk DVD dan mula dipasarkan seminggu sebelum Aidilfitri, kita menyedari pada masa yang sama filem ini mula dicetak rompak dan mula berlambak di pasaran gelap.
“Perkara ini masih biasa buat saya. Saya cuba melihatnya masalah ini secara positif walaupun ia perlu dibanteras. Secara positifnya aktiviti cetak rompak ini sedikit sebanyak membantu mempromosi dan mempopularkan penjenamaan Upin & Ipin.
“Lebih lagi saya percaya peminat setia filem ini cukup mengenali barangan palsu dan tulen berdasarkan kualiti dari segi semua aspek penghasilannya. Ratanya mereka memilih yang tulen sebagai tanda sokongan mereka terhadap kita.
“Namun apa yang membuatkan saya begitu kecewa, mereka bukan saja mencetak rompak filem ini malah lebih berani sehingga menipu semua pihak termasuk peminat filem ini dengan memalsukan hampir keseluruhan penghasilan DVD yang asli,” katanya pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Shah Alam, Jumaat lalu.
Hadir sama Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang juga Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah.
Kenyataan e-mel ini dikirimkan oleh penulis hiburan popular, Azwan Annuar kepada saya untuk menjemput anda semua rakan media dan penulis blog hiburan dan filem untuk sama-sama menghadiri satu acara khas yang di adakan di celah-celah pokok getah Estet Cintamanis di mana akan di adakan pesta keramaian bagi meraikan filem Estet, arahan Mamat Khalid katanya....
Pembinaan studio digital mix stage (Dolby Premeiere) bernilai RM 53 juta ringgit oleh Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) terhadap industri perfileman tempatan boleh di anggap suatu tindakan yang wajar kepada penggiat industri filem dalam membantu terhadap perlaksanaan sesebuah filem agar penghasilannya dapat mengurangkan kos pengaliran wang ringgit ke luar negara. Tindakan sedemikian dikritik oleh pelbagai pihak bahkan warga filem sendiri rata-ratanya masih was-was dengan kualiti yang mampu dihasilkan oleh studio tersebut. Terbaru, dalam ruangan Soseh-Soseh Harian Metro selasa lepas (mengulas tentang Studio tercanggih itu (tidak menyebut mana-mana studio, tetapi olahan penulisannya membuktikan itu Studio Dolby Mix Stage, FINAS) di dapati tidak mempunyai kepakaran dari segi teknikal tenaga pekerjanya malahan ada juga yang menghentam FINAS sebagai badan perfileman terunggul yang tidak bergerak secara pintas dalam menyediakan kepakaran yang minimum, malahan ada juga yang menyangkal tentang motif pembinaan studio tercanggih tersebut. Walauapapun kritikan yang di hadapi, ada juga segelintir penggiat seni tempatan memohon di berikan kelonggaran secara percuma (dalam beberapa tempoh) bagi menggunakan kemudahan Dolby Premiere tersebut untuk membuktikan keberkesanan dalam kualiti produk bagi sesebuah penerbitan filem sebelum mereka mengambil keputusan rasmi untuk menggunakan kemudahan di studio tersebut.