
Dokumentari terbitan Red Films bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), 'Dato' Siti Nurhaliza : Biography', akan ditayangkan secara eklusif pada 11 Januari 2012, 10.00 malam di History Channel 555 dan HD History 575. Dokumentari yang menceritakan suka duka bintang ternama dan Diva Malaysia itu merupakan dokumentari ketiga yang dihasilkan selepas P.Ramlee dan Sudirman Arshad.
agi anda peminat setia OMBAK RINDU bolehlah melanggan filem ini dengan menekan saluran 480, bagi membolehkan anda menonton OMBAK RINDU dalam dua format iaitu SD dan HD BEYOND
Cinta, Seks, Skandal, Persahabatan dan Alam Kehidupan Maya' yang bersangkut paut dengan alam realiti diterjemahkan secara jujur oleh Khairil M.Bahar menerusi 'Relationship Status
Menggunakan tagline 'dengan keampunan kita dimaafkan', Muallaf membawakan kepada kita sebuah paparan kisah yang agak sensitif mengenai Brian ( seorang guru sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak) dengan Rohana (Sharifah Aleysha) dan Rohani (Sharifah Armani)
Sesuatu Yang Tertinggal tidak berjaya meninggalkan hati dan jiwa saya dalam filem ini, cukuplah sekadar saya teruja dan terpegun menyaksikan Mona dengan imej JU ON nya - AMY IKRAM




Filem terakhir arahan Yasmin Ahmad 'Talentime' , kini boleh dimiliki dalam bentuk DVD yang telah pun berada di pasaran. Filem yang diterbitkan oleh Primewors Studio yang diedarkan oleh MVM Home Entertainment Sdn. Bhd ini mula dijual dengan harga RM 19.90. Jika anda peminat setia karya Allahyarham Yasmin Ahmad, apa kata milikilah DVD Talentime yang original untuk dijadikan koleksi anda sekeluarga.
World Premiere : 25 March 2009 ( Hong Kong International Film Festival )

Tanggal 18 November 2009 di Sunway University College, Subang ,Selangor dilancarkan buku Yasmin Ahmads Films oleh Amir Muhammad. Walaupun dalam kejernihan hujan dan kekaburan waktu dan cuaca, saya hadirinya walaupun lewat sejam akibat kesesakan lalu lintas. Buku yang berharga RM30.00 ini berjaya saya miliki seperti yang diidamkan. Membaca catatan Amir Muhammad ini seolah-olah suatu catatan peribadi yang amat menyentuh perasaan bagi sesiapa yang mula membacanya. Kata Amir, 'Malay Version untuk buku ini akan dipasarkan tidak lama lagi, mungkin March 2010'. Ia berita yang akan menggembirakan terutamanya anda yang tidak suka membaca buku bahasa English.. hahaha. Nantikan sahaja edisi malay buku ini, yang tentu juga saya akan mendapatkannya.
Percaya atau tidak, kesemua filem Yasmin Ahmad bermain dgn isu kasih sayang atau 'love'. Isu ini merupakan keperluan sejagat bagi setiap manusia yang hidup, tidak kira 'jenis agama yang dianuti, jantina samada(lelaki, perempuan, khunsa, pondan), kepercayaan, budaya dan warna kulit. Keperluan ini sememangnya akan dirasai oleh setiap manusia dan sebab itulah kesemua filem Yasmin Ahmad lebih menjurus kepada elemen kasih sayang di mana setiap filemnya adalah berbeza mengikut tajuk dan naratifnya. Jika dilihat kepada filem Rabun, Yasmin cuba membawa kita kepada kisah hidup ibu dan bapanya yang diwakili watak 'Mak Inom dan Pak Atan'. Gambaran kasih sayang dalam Rabun agak sensitif dari kaca mata penonton melayu beragama islam kerana Yasmin menggambarkan 'kisah cinta golongan tua' melalui adegan mandi bersama (bermain buih) di luar halaman rumah hanya berkemban telah mengundang kontroversi dikalangan penonton dan pengkritik filem. Begitu juga dalam Sepet dan Gubra. Kedua-dua filem ini memberikan kontroversi yang maha dasyat di mana kisah cinta berlainan agama dan budaya antara Jason dan Orked menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya yang agak kaku dalam penerimaan kisah hubungan berlainan kaum ini. Gubra diperdebatkan di dada-dada akhbar dan di forum-forum di kaca tv seperti Fenomena Seni kerana Yasmin memaparkan kisah hubungan antara pelacur dan keluarga alim (ustaz / bilal ) yang tinggal bersebelahan, yakni jiran tetangga, sedangkan pelacur itu adalah kesalahan yang dilaknati agama. Ia juga memaparkan aksi tok bilal menyentuh anjing dan adegan di hospital yang menampakkan punggung pesakit, sehinggakan Yasmin Ahmad digelar 'Pencemar budaya'.

Ketika ini, saluran filem terhebat ' Astro Box Office Movies' melalui slot Tayangan Hebat kerap kali menayangkan program baru berjudul 'Marhaban di Astro'. Program berdurasi 2 jam ini khabarnya akan diulang tayang juga sepanjang Disember 2009 melalui slot yang sama. Tayangan tersebut barangkali mungkin sebagai menghormati bulan haji, namun timbul persoalan di sini apakah saluran tersebut telah beralih arah dari dunia sinema ke dunia muzik, apabila mula menayangkan rancangan Marhaban?. Bukan mempersoalkan kandungan siaran rancangan yang baik itu, malahan bentuk siarannya juga tidak bersesuaian dengan format saluran Tayangan Hebat yang lebih memfokuskan kepada dunia filem memandangkan Marhaban itu rancangan berbentuk muzikal, bukannya karya filem. Dalam situasi ini, ia mungkin hak astro yang tidak boleh di sangkal. Tetapi, sebagai pelanggan astro yang setia (juga pelanggan saluran movie 951,952 dan 953 ), kami berhak untuk memperkatakan sesuatu kerana saluran itu bukannya percuma berbanding pakej biasa yang menyediakan saluran ria, prima, aruna, oasis, discovery dan muzik. Kalau boleh biarlah Tayangan Hebat itu hanya menayangkan karya berbentuk filem sahaja. Justeru, seandainya Marhaban di Astro ditayangkan di saluran ria, prima atau oasis nescaya ia boleh ditonton oleh semua pelanggan astro kerana kemasukkan program Marhaban di Astro ke saluran movie tayangan hebat seolah-olah suatu kecelaruan identiti dari segi bentuk, format dan kehendak siaran. Oleh itu, pihak astro perlulah memahami bahawa setiap saluran yang mereka wujudkan itu perlu berbeza dengan saluran astro sedia ada, kerana setiap saluran itu tentunya ada harga dirinya yang membezakan kualiti sesebuah rancangan mahupun produk siarannya.
Sebut sahaja 'Spinning Gasing', tentunya anda diluar sana akan membayangkan beberapa scene yang agak panas dilakonkan oleh Elly Suriati dan Craig Fong. Filem yang telah mencetuskan kontroversi di Malaysia sekitar tahun 2001 ini merupakan produk tempatan yang telah banyak memenangi anugerah dan penghargaan di beberapa festival filem antarabangsa antaranya, (1st)- 20 th Hawaii International Film Festival, 2000 (USA) melalui Netpac Award Special Mention - Film Director, Teck Tan. (2rd) - 3rd Cinemaya Festival of Asian Films (CINEFAN), 2001 India - Pelakon Wanita Terbaik : Ellie Suriati. (3rd) - 14th Singapore International Film Festival, 2001 Singapore dan Malaysia Film Festival, September 2004 ( Cathay Singapore) hanya sekadar penyertaan kategori. Filem yang di arahkan oleh Teck Tan ini berkisarkan sebuah kisah mengenai empat orang remaja Malaysia yang mewakili setiap kaum ingin menubuhkan sebuah kumpulan muzik di Kuala Lumpur. Dalam usaha tersebut, mereka mempunyai banyak ranjau, sehinggalah menemui konsep irama yang mampu mengangkat nama kumpulan mereka, iaitu muzik terkini dengan gabungan muzik tradisi - ulek mayang.
| |
| |
| |
| |
|
Kepada anda yang tengah dok plan nak tonton mana satu filem yang terbaik di pawagam, apa kata saya syorkan kepada anda 'Chritsmas Carol' arahan Robert Zemeckis yang telah pun ditayangkan sejak 19 November lalu. Filem yang diadaptasikan dari sebuah novel klasik ini boleh ditonton dalam format 3D di semua pawagam terpilih seluruh negara. Jika anda mahu kelainan dalam filem ini, tontonlah dengan kaca mata 3D yang disediakan. Anda pasti terpegun menyaksikan sentuhan terbaru Robert ini. Jangan tak tau, filem ini juga mendapat sentuhan dua anak muda tempatan dari Malaysia. Siapakah gerangannya?. Jom kita baca sedikit info mengenai dua pakar animasi tempatan yang bekerja dengan produksi Disney ini.

Genre: Fairy Tales Comedy

'I loved this article, she is a legend in Malaysian Film Industry. If you don't like Yasmin work, please stopped critics her'- Amy Ikram IsmailMidway through a wonderful presentation to clients on the 23rd of July 2009, Yasmin said, “I don’t feel well”, then lay her head on the table, and lost consciousness until she passed away peacefully on the 25th.
At 8pm on the Tuesday night before she died, Yasmin called whoever was still working in the office to come to the Leo Burnett amphitheatre.
In the quiet of that night, she told us things beautifully prophetic. She asked those present what they want to learn from her. Naturally most people said they wanted to learn how to make good TV commercials and movies. Her answer to that? “I can’t show you how to do it. But I can point you in the right direction”.
Then she played us her Petronas Merdeka TV commercial ‘Tan Hong Ming’ (which won numerous awards including Cannes Gold) and said, “I didn’t do this commercial.”
“God did it.”
“Doesn’t matter whether you call it the Tao, Allah, or God, God is One. Be open to this Higher Power, and each one of us can be a channel.”
She explained how she had initially thought that she was done with shooting Tan Hong Ming who said his best friend is a boy who wears a songkok (a headgear often worn by Malaysian Muslims). But Tan Hong Ming kept pestering her, pulling at her baju kurung and saying strange things like “I’m a vegetarian”. So she kindly humoured the 7-year-old, putting the camera on him and asking, “Do you have a girlfriend?” And that’s when the magic just flowed.
Nothing was scripted. It was all real. It was just an innocent little child, speaking from the heart. And when Ummi Qasrina came by, her heart echoed these same pure thoughts. All the team had to do was keep the camera rolling. “Only God can do things like that” said Yasmin.
Then Yasmin took us through another Petronas TV commercial which was not written by her, but by Ng Choo Seong. She reminded us that Nisha Khiruddin wrote one of the most loved and most insightful Petronas Chinese New Year commercials. That one of our most junior staff, a visualiser, Ken Wong Woon Kian, affectionately known as “Ayam” to her, did three TV commercials in just three years of his career with Leo Burnett. That Christie Herman, a Christian, did what’s probably the most watched Petronas TV commercial for the Hindu festival of lights, “The Boys in the Hood”. That we can go through the entire list of Petronas TV commercials, and realize that many were not written by her, but by each of us in the office. And that we can continue doing so.
“To tap in to this kind of inspiration” said Yasmin that Tuesday night, “we just need to open our hearts and humble ourselves to the One”, she repeated “doesn’t matter whether you call it The Tao, Allah or God”.
Then, Yasmin literally demonstrated how she humbles herself five times a day - on the very floor of the Leo Burnett amphitheatre - standing, bowing, kneeling, prostrating. “At every point, I become smaller, smaller and smaller” she said, “reminding myself that I am nothing.”
“And God, everything.”
On that very night, she also reminded us that “Energy cannot be destroyed. It just takes on different forms.”
She said we “should not have a guru. Because, even if one is a very good imitator, at best one will be limited to being a poor imitation of the guru.” She directed us to God, “upon Whom there are no limits.”
Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan kontrak sosial?. Mengapa isu ini timbul?. Berapa kerat sangat rakyat kita Malaysia memahami apa yang diperkatakan di dalam kontrak sosial? Semuanya akan terjawab dalam sebuah dokumentari khas arahan Amy Ikram Ismail, yang di terbitkan oleh Mohd Hafiz Raup. Nantikan tayangannya akan datang!!!.


She's 18, he's 109. And there are topless scenes galore. It sounds like the most politically incorrect movie of all time.
But this is New Moon - the second movie in the Twilight vampire saga - and all those bare chests belong to buff young men with waxed pecs and six-packs. "You get a lot of nipple shots in this movie," laughs Robert Pattinson, the actor who plays the 109-year-old vampire Edward Cullen. Since the first film came out a year ago, Pattinson has become a heart-throb to teenage girls across the world, and is also a favourite target of the paparazzi.
'Paparan realiti kehidupan berdasarkan 1 Malaysia' adalah tema kepada Pertandingan Penulisan Skrip 2009 yang telah dibuka penyertaannya pada hari ini sehingga 30 April 2010. Pertandingan yang dianjurkan bersama antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Filem Negara Malaysia ini adalah sebahagian acara tahunan yang bertujuan menyungkil bakat kreativiti penulis tempatan agar mampu berdaya saing sekaligus diiktiraf dan dihargai. Mempertaruhkan 4 kategori utama, antaranya Kategori Filem Cereka, Dokumentari, Filem Pendek dan iklan promo (PSA), Pertandingan Penulisan Skrip 2009 mengalu-alukan penyertaan terbuka seluruh rakyat Malaysia bagi merebut gelaran 'antara yang terbaik'. Jika anda ingin mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Urusetia Pertandingan Penulisan Skrip 2009 di talian 03-4104 1300 / 1308 / 1391.

Tokoh yang disegani, Tun Dr.Mahathir Mohamad siri Dokumentari Khas akan disiarkan malam ini, 8.00 malam di Astro History Channel, Channel 555. Dokumentari ini diterbitkan khas oleh History Channel bersama Red Communications Sdn. Bhd. Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri dokumentari terhebat ini!!
Wai Kit, a 23-year-old undergrad living with Justin, his 27-year-old boyfriend, are about to celebrate their first anniversary together. Justin makes a suggestion as to how to celebrate their first anniversary but was met with a luke warm response from Wai Kit. Following a call from Jimmy, Wai Kit wants to move out of Justin's house, leaving Justin wondering what has gone wrong between them. "Anniversary" is a story of love, of what trust mean and the need to find out the truth. "Anniversary" will touch your heart and remain in your mind long after viewing.
Written by Alfian Sa'at.
Directed by Royston Tan.
p/s: Suka trailer dia.... nice!!
Setelah berjaya menjadikan Upin & Ipin sebagai pencetus kepada fenomena bagi filem animasi tempatan, 3 anak muda yang berjaya melakarkan sejarah tersebut, Nizam, Safwan dan Anas kini beralih pula kepada animasi terbaru 'Boboiboy' yang bakal ditayangkan di kaca tv pada awal tahun 2010. Animasi yang mengetengahkan elemen 3D secara keseluruhan ini merupakan produk syarikat pertama mereka, Animosta Studios yang dimiliki oleh Nizam, Safwan dan Anas. Berbicara mengenai projek sulung ini, Nizam menjelaskan bahawa 'Boboiboy' bukannya saingan kepada produk Upin & Ipin yang telah mencetuskan fenomena dalam tarikan kepada penonton merangkumi semua golongan masyarakat, namun Boboiboy lebih mengetengahkan kepada penceritaan melibatkan 3 kanak-kanak pintar yang terdiri daripada Bo, Boi dan Boy. Siri tersebut bakal disiarkan selama 26 episod di mana setiap satunya dengan durasi selama 11 minit.Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya. Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir. Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut. Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain. Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu, Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.
Pengunduran mereka daripada Les'Copaque Production bukannya ada persengketaan atau masalah dalaman, tetapi bagi Nizam ia adalah kerana minat mereka untuk berdiri di kaki sendiri dalam menghasilkan produk melalui syarikat animasi milik mereka, Animosta Studios. Tambahnya lagi, Les'Copaque kini mempunyai ramai tenaga kreatif dan mustahil mereka tidak boleh menghasilkan karya yang sehebat Upin & Ipin. Namun, kata Nizam biarlah tahun 2010 yang akan datang tidak lama lagi memberikan sinar baru buat Boboiboy, produk terbaru mereka dan harapannya adalah animasi ini mampu mencetuskan fenomena tersendiri sepertimana produk sulung mereka, Upin & Ipin. Oleh itu, kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Boboiboy dan Animonsta Studios, sila layari laman sesawang, www.animonsta.com sekarang.