Pecah Panggung 18 November 2010... RM 40 juta?


Produser sensasi, Dr Rozmey menyifatkan bahawa filem 2 Alam terbitan syarikat produksinya bakal mengutip kutipan tertinggi dalam sejarah box office filem-filem tempatan dengan anggaran RM 40 juta ringgit. Kos kutipan itu dijangka melambung apabila 2 Alam bakal memasuki pawagam tempatan mulai 18 November 2010. Filem yang tercalon dalam kategori filem cereka terbaik menerusi Festival Filem Malaysia ke-23, 2010 ini khabarnya merupakan sebuah kisah yang amat menyentuh perasaan. Apakah fantasi RM40 juta itu menjadi realiti!? Agak mustahil kerana ia pengakuan berani yang cukup meyakinkan dari Dr. Rozmey menerusi karya arahan Hairi Othman dan Ed Zarith Z.Lokman ini?. Kesimpulannya, di mana pengarah filem ini di kala produsernya membuat pelbagai kenyataan berhubung 2 Alam, karya yang amat dinantikan ramai?.

p/s: RM 40 Juta.. apakah harga tiket bagi 2 Alam dijual dengan harga RM 100 ringgit?. hehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan