Demam Hantu Kak Limah melanda seluruh Malaysia!!!

Azwan Annuar dan Delimawati dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Jika jutaan rakyat Malaysia menggigil untuk menonton 2 Alam, tidak kurang hebatnya pula dengan karya terbaru Mamat Khalid ini. 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', filem terbaru terbitan Tayangan Unggul ini khabarnya telah mengutip kutipan pecah panggung RM 2.25 juta dalam tempoh 5 hari tayangan. Mengisahkan apa yang berlaku di Kampung Pisang setelah insiden Zombi, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' antara komedi seram terbaik 2010 arahan Mamat Khalid.

Dibarisi aktress Delimawati sebagai Kak Limah, Johan Raja Lawak, Awie, Avaa Vanja, Ummi Nazeera, Soffi Jikan dan Azwan Annuar, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', antara filem wajib ditonton oleh semua peminat filem tempatan. Bagi yang belum menonton, ayuh segera ke pawagam sekarang!!!. Ingat jangan sampai Kak Limah mengamuk lagi?. Benarkah Kak Limah adalah hantu?. Siapakah hantu sebenarnya?. Semuanya bakal terjawab dalam filem ini yang kini rancak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia..

p/s: Tahniah buat Mamat Khalid!!. Akan datang Zombi Ultimatum dan Zombi Kilang Biskut, antara filem terkini Mamat Kahlid 2011.. hehehe. Saya mahu tonton lagi hujung minggu nie.. best gile!!. Ingat Azwan Annuar, bawak kubota jgn pakai telefon..

'kalau filem tak bagus, jangan salahkan pengarahnya, salahkan jugak penulis skripnya, Hassan Muthalib', antara dialog kelakar dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Catat Ulasan

1 Ulasan

aQi + GenGkey berkata…
cer cerita..
cer cerita..
haha..:D