Rabu, 31 Mac 2010
Sabtu, 27 Mac 2010
World Water Day 2010 - My TVC Promo!!
Isnin, 22 Mac 2010
Karya Pertama Hatta Azad Khan, 'Mat Som' di pawagam Collesium, KL
Filem pertama arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan 'Mat Som' yang dibikin pada tahun 1990 akan ditayang kembali pada 27 Mac 2010. Filem yang memenangi Lakon Layar Terbaik dan Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9, 1991 akan menemui penonton tempatan sekali lagi secara ekslusif 27 Mac 2010 di Panggung Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bermula pukul 12.00 tengahari. 'Mat Som' yang dijayakan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina, Imuda, Zami Ismail, dan Adibah Amin ini merupakan sebuah kisah komedi yang agak menarik mengenai seorang pemuda, Mat Som yang bekerja sebagai seorang penulis bebas ( lakonan Imuda) di bandaraya Kuala Lumpur. Di KL, pendapatannya tidak seberapa, apatah lagi bapanya mahukan Mat Som dijodohkan dengan Wan Faridah seorang gadis cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Pelbagai peristiwa menarik dan mencuit hati terkandung di dalam filem arahan Hatta Azad Khan ini. Rakan media, warga filem, peminat filem tempatan dan penulis blog hiburan dijemput hadir ke tayangan yang julung-julung kali di adakan ini.Info:-
** Filem Mat Som mewakili Malaysia ke Festival-Festival Filem Antarabangsa di Tokyo, Fukuoka, Hawaii, Bangalore, Taipei dan Jakarta**
** Filem ini tidak dijual dalam bentuk DVD atau VCD. Tayangan pada 27 Mac 2010 adalah tayangan penuh ekslusif.. **
27 MAC 2010, 12.00 TENGAHARI
PAWAGAM COLLESIUM, KUALA LUMPUR
MASUK PERCUMA
Al-Fatihah buat Yanie ( Mentor)...


sumber: Mstar
Ketika dihubungi, suaminya Irfin Abdul Manan, Arwahyarhamah Yanie menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari lalu.
"Pada Disember Yanie sudah mula sakit dan apabila kami buat pemeriksaan di hospital, dia disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian paru-paru.
"Namun arwah tenat sejak bulan Februari. Dia hanya terlantar tidak bercakap dan tidak lalu untuk makan," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Irfan turut menyampaikan pesanan arwah isterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu meminta maaf kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media serta pengurusnya.
"Sebelum arwah benar-benar nazak dia menyampaikan pesanan agar dimaafkan segala perbuatannya yang menyinggung mana-mana pihak, iaitu kepada keluarga, rakan-rakan artis, pihak media dan bekas pengurusnya yang selama ini menyokong kerjaya sebagai artis," ujarnya penuh hiba.
Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah.
Arwahyarhamah Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun.
Minggu Bahasa Perancis ke-15.. semua dijemput hadir!!

Minggu Bahasa Perancis (Semaine de la langue française et de la francophonie) yang disambut setiap tahun di serata dunia juga telah mendapat sambutan hangat di Malaysia berkat komitmen padu yang diberikan oleh 23 kedutaan asing di Kuala Lumpur yang menjadi ahli L’Organisation internationale de la Francophonie (OIF - Organisasi Antarabangsa Negara-Negara Penutur Bahasa Perancis) seperti Albania, Austria, Belgium, Kemboja, Kanada, Croatia, Republik Czech, Mesir, Perancis, Ghana, Guinea, Laos, Lebanon, Maghribi, Mauritius, Poland, Romania, Senegal, Slovakia, Switzerland, Thailand, Ukraine, Vietnam.
L’Organisation internationale de la Francophonie (OIF - Organisasi Antarabangsa Negara-Negara Penutur Bahasa Perancis) terdiri daripada 56 negara ahli dan kerajaan, serta 14 negara pemerhati. Misi utama organisasi ini adalah untuk mempromosikan bahasa Perancis sebagai bahasa antarabangsa dan juga mengetengahkan kepelbagaian kebudayaan dan linguistik di dalam era globalisasi ekonomi. Terdapat 200 juta penutur bahasa Perancis dari serata lima benua.
Filem Pendek di FINASSempena minggu ini, tayangan filem-filem pendek dari Belgium, Canada, Perancis, Mauritius, Morocco, Romania, Senegal dan Switzerland akan dianjurkan. Filem-filem yang bertopikkan fiksyen dan animasi – berserta sarikata bahasa Inggeris - merangkumi pelbagai isu dari pertandingan telefon bimbit di kalangan warga tua di bilik menunggu sehinggalah ke sebuah cerita tentang percutian.
Maklumat lanjut :
Tarikh : 24 Mac 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : FINAS, Lot 1662, Bt 8, Jalan Hulu Kelang, Ampang
Untuk Program Minggu Bahasa Perancis : www.ambafrance-my.org
p/s: Semua warga filem dijemput hadir!!
Relevankah Debaran AF 8, diadakan?
Apabila menonton konsert pertama Akademi Fantasia musim ke-8 yang dihoskan oleh Jimmy dan Sarimah Ibrahim, penonton akan menunggu ke akhir rancangan untuk mengetahui peserta mana yang terselamat dan tersingkir. Untuk musim terbaru 2010, debaran konsert pertama yang sepatutnya mengumumkan keputusan pada malam konsert, beralih pada malam kedua, melalui program Debaran AF yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim. Persoalannya, relevankah Akademi Fantasia musim ke-8 mempunyai format Debaran AF?. Apakah penantian dan saat-saat kemuncak setiap konsert dilanjutkan malam ke-2?. Mungkin team AF8 mempunyai jawapannya tersendiri untuk mengadakan dua format AF8 iaitu 'Malam Konsert' dan 'Debaran AF'!. Rata-rata penonton yang saya temui, mempunyai pendapat yang amat berbeza iaitu tidak menggemari Debaran AF, kata mereka 'keputusan konsert dan debarannya perlu pada malam konsert bukan sebaliknya. Anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza. Lontarkan di sini, kita kongsi bersama.Tepuk dada tanya selera..
Sabtu, 20 Mac 2010
Padamkan lampu anda.. 27 Mac 2010, 8.30 malam!!

Jumaat, 19 Mac 2010
Trailer Ekslusif Filem Anu Dalam Botol ( ...Dalam Botol )
"... Sungguh, sejak itu...
setiap pagi nafasku berlagu kesal...."
"... Penglihatanku berdindingkan kesal..."
"... Wangian yang kuhidu berbau kesal..."
"... Kini hanya penyesalan yang tak berkesudahan...
menjadi teman hidupku..."
"... Ampunkan saya emak...
Maafkan abang, Dina..."
... dalam botol arahan Khir Rahman yang diterbitkan oleh Raja Azmi mulai Julai 2010 di semua pawagam seluruh Malaysia.
... dalam botol merungkai setiap persoalan yang belum terjawab, penuh penyesalan dari insan yang pernah melakukannya dahulu. Setiap titisan air mata tidak mungkin kembali seperti sediakala. Hanya Cinta mampu mengubah takdir kita?.
Kehangatannya dalam kontroversi, sebuah filem homoseksual yang meruntun perasaan.. kini dalam proses suntingan audio..
p/s: TQ Kak Raja Azmi.. bagi DVD Ekslusif ... Dalam Botol.. ( trailer aje).. ngee
Selasa, 16 Mac 2010
Laman Hina wartawan Hiburan Malaysia!!
sumber : KOSMOAmaran tersebut dikeluarkan selepas sekumpulan wartawan hiburan tempatan menyuarakan rasa kurang senang terhadap pembukaan akaun tersebut yang menggelarkan mereka sebagai 'babi' dan 'jalang' yang tidak layak hidup di muka bumi.
Individu tersebut juga telah mencuri gambar-gambar wartawan daripada akaun Facebook peribadi masing-masing dan memasukkan entri dengan pelbagai kata hinaan.
Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, persatuan tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk mengheret mereka ke mahkamah jika individu terbabit terus berdegil dengan meneruskan aktiviti mereka.
p/s: macam2.....Dalam Botol ditangan LPF!!!

Info:-
- Filem ...Dalam Botol sudah siap suntingan dan penggambarannya.
- Ia kini dalam proses adunan bunyi Dolby Surround (Dolby Digital) di Mixstage Finas Studio.
- Raja Azmi berharap filem tersebut diluluskan LPF kerana dalam filem tersebut tidak ada scene yang melampaui batas macam filem aku, comolot.. huhu.
PELUANG menyaksikan versi ... Dalam Botol yang belum disunting di kediaman Raja Azmi, 50, baru-baru ini telah membuka ruang menyelami hati dan fikiran produser ini tentang filem terbarunya itu.
Belum pun filem itu sempat menjengah panggung, awal-awal lagi pelbagai kontroversi sudah menghimpit filem yang memaparkan kisah pertukaran jantina ini.
Bermula dengan episod Raja Azmi menghebahkan judulnya kepada umum, isu tema dan jalan cerita yang ‘panas’, pertukaran pengarah, masalah bajet hinggalah ke pencarian pelakon, ia terus sebati dengan kontroversi.
Nama pun filem Raja Azmi, jika tiada kontroversi bukan Raja Azmilah. Justeru, walaupun filem itu sudah siap penggambarannya dan kini berada dalam fasa akhir pasca-penerbitan, hasil kerja Raja Azmi masih mencongak nasib untuk berada di pawagam.
Jelas Raja Azmi, niat dan tujuannya menerbitkan filem itu hanya untuk berdakwah. Malah, sudah berkali-kali dia menegaskan kenyataan itu.
Walaupun harus akur dengan syarat pihak berwajib sehingga menjejaskan keaslian naskhah tulisannya itu, dia tetap menurut dan meminda karya itu agar buah tangan terbarunya mendapat restu untuk muncul di layar lebar.
“Walaupun pelbagai kontroversi melanda ... Dalam Botol sebelum ini, saya berharap agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan filem ini untuk tayangan kelak.
"Sebagai penerbit, pelbagai pindaan telah saya lakukan demi menghormati syarat dan kehendak pihak berwajib.
“Niat dan mesej saya hanya satu, iaitu untuk berdakwah. Bukannya saya suka-suka hendak buat filem yang mengagung-agungkan golongan itu (pondan dan gay) atau ingin meracuni minda penonton dengan filem sebegitu,” ujarnya.
Bercerita lanjut, isteri kepada jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek itu berkata, disebabkan oleh segala kontroversi yang timbul sebelum ini, dia sanggup mengubah skrip asal filem itu demi memenuhi tuntutan dan syarat yang ditetapkan oleh LPF dan Finas.
"Saya ingin penonton mendapat iktibar daripada filem ini, itu sahaja. Malah, apa jua yang dipaparkan dalam filem ini adalah mengikut skrip yang sudah dipinda berkali-kali.
"Memandangkan skrip sudah diluluskan Finas, rasanya tiada sebab untuk filem ini digam atau berhadapan sebarang masalah nanti.
"Jika dilihat pada paparan visualnya, saya tidak nampak sebarang aksi atau babak yang keterlaluan pun.
"Tapi saya tidak tahulah jika mereka (LPF) masih merasakan ada adegan yang tidak elok juga dalam filem ini," katanya berseloroh.
Filem terbitan JAS Production Sdn Bhd ini berada dalam peringkat terakhir adunan bunyi menerusi teknik Studio Digital Mix Stage di Finas.
Jika filem lakonan Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid itu mendapat ‘lampu hijau’ daripada LPF, ia dijangka menemui penonton pada Julai depan.
p/s: Kak Raja, confirm filem nie pecah panggung.. dan ramai golongan mak nyah, gay dan yang lain-lain akan serbu panggung wayang.. huhuhu.Wajarkah Program 'Terjah' TV3 dihentikan siarannya?!
Jumaat, 12 Mac 2010
Tayangan Percuma Filem Jin Notti Malam ini di FINAS
Khamis, 11 Mac 2010
2 Alam.. cukup menggemparkan!!!

Selasa, 9 Mac 2010
Sri Mersing dipentas teater mulai 12 Mac 2010!!!

Sinopsis
Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalanan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing. Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing. Hajatnya di sambut baik oleh Sri Mersing dan anaknya Sri Melati. Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.
Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli. Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik kehilangan Sri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dari kampung tersebut.
Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya turut difitnah. Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi amat disambut baik oleh kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik. Namun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurahkan bakti pada anak negerinya sendiri.
Plot cerita kedatangan Merah dan cerita asal Sri Mersing akan bergerak seakan selari namun di pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka, Damak dan Merah akan pulang semula ke Pahang. Sesungguhnya naskhah Sri Mersing ini akan mengimbau suasana kehidupan Melayu suatu ketika dahulu dan juga filem klasik Sri Mersing itu sendiri.
| Pelakon/Artis | : | Damak ADI PUTRA Sri Mersing ELLY MAZLEIN Pak Malau A. GALAK Awang Sulong YUS RAJA LAWAK Merah HAIRI ANAK WAYANG Sri Melati LEEZ ROSLI (AF) Bentayan RUSDI RAMLI Siantan MELISA SAILA Tambak JEP (SEPAH) Jalak Lenteng SHUIB (SEPAH) Pak Sireh DATO’ MUSTAPHA MAAROF Sri Mersing Semasa DATIN HJH.ROSNANI JAMIL Penghulu ABU BAKAR JUAH Mak Dara AZIZAH MAHZAN Penghulu Lancang Kuning OSMAN JUPRI Siti Payung MARDIANA BT ALWI Deli MUTALIF ABU BAKAR |
| Tenaga Produksi | : | Pengarah ROSDEN SUBOH Pen. Pengarah TAIYUDDIN BAKAR Penulis Skrip HAIRUL ANUAR HARUN Pengurus Produksi MOHAMAD FADIL ABDUL MAJID Pengarah Muzik NIK NIZAM Pengarah Kareografer Tarian ON JAAFAR Pen. Pengarah Kareografer Tarian MUTALIF ABU BAKAR |
| Tiket | : | RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150 |
p/s: Confirm pi tengok nanti!!
Isnin, 8 Mac 2010
'The Hurt Locker' winner Best Film ( Best Picture) in Oscar Academy Awards 2010
Nampaknya malam nie aku kena la tonton siaran ulangan Oscar 2010 Academy Awards di Star Movies Astro, sebab aku tak dapat tonton LIVE tadi.. hehehe. Apapun, ramai yang tak setuju filem The Hurt Locker meraih Best Picture, dan mereka beranggapan filem Avatar layak menang!!. Jom kita tengok keputusan penuh Oscar 2010 di sini..- Best Supporting Actor: Christoph Waltz, for “Inglourious Basterds”
- Best Animated Feature Film: “Up”
- Best Original Song: “The Weary Kind (Theme From Crazy Heart),” music and lyric by Ryan Bingham and T-Bone Burnett, for “Crazy Heart”
- Best Original Screenplay: Mark Boal, for “The Hurt Locker”
- Best Documentary Short: “Music By Prudence”
- Best Makeup: “Star Trek”
- Best Short Film (Animated): “Logorama”
- Best Short Film (Live Action): “The New Tenants”
- Best Adapted Screenplay: Goeffrey Fletcher, for “Precious: Based on The Novel ‘Push’ By Sapphire”
- Best Supporting Actress: Mo’Nique, for “Precious: Based on The Novel ‘Push’ By Sapphire”
- Best Art Direction: “Avatar”
- Best Costume Design: “The Young Victoria”
- Best Sound Editing: “The Hurt Locker”
- Best Sound Mixing: “The Hurt Locker”
- Best Cinematography: “Avatar”
- Best Original Score: “Up”
- Best Visual Effects: “Avatar”
- Best Foreign Language Film: “El Secreto de Sus Ojos”
- Best Editing: “The Hurt Locker”
- Best Actor: Jeff Bridges “Crazy Heart”
- Best Actress: Sandra Bullock “The Blind Side”
- Best Director: Kathryn Bigelow “The Hurt Locker”
- Best Picture: “The Hurt Locker”
now on cinema..

Ahad, 7 Mac 2010
Media Gossip semakin di minati... Apakah ia satu kekalutan?
Peranan media di Malaysia samada 'media cetak, elektronik mahupun alam siber berteknologi terkini' semakin berani mengetengahkan sesuatu isu yang agak panas demi melariskan sesebuah siaran sekaligus mencatat rating penonton yang agak tinggi. Stesen tv antaranya satu sistem yang digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia, jantina dan agama. Bahan-bahan siaran selalunya agak sensitif terutamanya pada paparan cerita sensasi dan elegan dan adakalanya agak basi dalam memaparkan sesuatu realiti demi kepentingan peribadi dan khalayak.Paparan cerita berbentuk peribadi seringkali digembar-gemburkan oleh sesetengah rancangan hiburan yang ada ketikanya menjadikan artis popular samada yang sedang menghadapi krisis atau tengah melawan arus kehidupan, kini menjadi tatapan khalayak samada dirancang atau disengajakan. Rancangan seperti ini tidak boleh disangkal rating penontonnya bahkan ia boleh dikatakan makanan yang semakin digemari warga kota yang kehausan cerita-cerita sensasi demi untuk memuaskan hati dikala kegersangan.
Kemunculan beberapa program hiburan seperti 'Melodi, Fuhh, Terjah, Gala TV, Diva@1, Galaksi dan sebagainya..' sememangnya diakui mempunyai jumlah penonton dan pengikutnya tersendiri. Bayangkan cerita perceraian dan kehidupan songsang seseorang artis popular di paparkan secara drastik, ini menunjukkan keberanian wartawan hiburan kita menyelongkar sisi gelap kehidupan artis demi mencari sesuap nasi untuk diisi.
Rancangan-rancangan ini sememangnya tidak boleh dihentikan siarannya selagi ada permintaan dari penonton di Malaysia yang amat dahagakan paparan sensasi tanpa sempadan. Ia seolah-olah dianggap satu kekalutan dalam kehidupan seharian sekiranya kontroversi itu tidak dipaparkan. Jika ia diperbesarkan 'ada juga yang merungut dan tidak puas hati' bahkan ada ketikanya yang sanggup membogelkan diri demi memartabatkan kehidupan yang diagung-agungkannya.
Justeru, sekiranya media di Malaysia menghalalkan budaya gossip untuk tatapan penonton seluruhnya, maka ia akan menjadi barah dalam kehidupan yang mungkin tidak boleh lagi diatasi buat selama-lamanya.
p/s: Ntah dan sampai bile?..
Sabtu, 6 Mac 2010
'Bertahun Di Residensi' kini bersiaran di RTM....

Jumaat, 5 Mac 2010
Hikayat Merong Mahawangsa : Akan datang ...
Filem arahan Yusry Abd Halim yang diterbitkan oleh KRU Films kini rancak menembusi pasaran antarabangsa. Ia di katakan bakal mencatat kutipan jutaan ringgit mengatasi Adnan Sempit apabila ditayangkan di pawagam Malaysia nanti. Nantikan tayangannya 2010 akan datang..Filem bergenre aksi/epik terbitan KRU Studios berjudul ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ ('The Malay Chronicles - Bloodlines' dalam versi antarabangsanya) telah berjaya menarik minat pengedar-pengedar antarabangsa di European Film Market yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 11-21 Febuari lalu, sekaligus mencatat jualan mencecah jutaan ringgit.
Setakat ini bagi hak edaran luar negara, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ telah terjual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan di 22 negara Timur Tengah. Ini menjadikan ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa dan yang paling berjaya dari sudut perolehan eksport.
CEO Epic Pictures Patrick Ewald yang bertindak selaku ejen jualan KRU Studios berkata, “Sambutan luar biasa ini hanya berdasarkan poster dan juga klip 8 minit adegan aksi yang dipetik dari filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang menonjolkan kualiti penerbitan lagak ngeri, aksi CGI dan set bertaraf dunia.
"Kami yakin bahawa filem ini bakal mendapat edaran yang lebih meluas apabila ia siap kelak, khususnya untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Cannes pada bulan Mei dan American Film Market pada November nanti."
Menurut Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem ini, “Kejayaan ini bukan hanya kejayaan saya seorang tetapi juga kejayaan para karyawan, pelakon, kru produksi dan kakitangan KRU Studios yang melibatkan lebih 300 orang. Saya berharap kejayaan ini akan mencetus lebih banyak lagi kejayaan penjualan filem tempatan di peringkat antarabangsa.”
Filem yang menampilkan pelakon-pelakon dari dalam dan luar negara ini dimantapkan dengan koreografi seni mempertahankan diri yang diterbangkan khas dari Hong Kong.
‘Hikayat Merong Mahawangsa’ dijangka akan siap penerbitan sepenuhnya pada Jun dan dijangka tayangannya pada penghujung tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.krustudios.com
p/s: satu lagi kebanggan Malaysia... nantikan tayangannya
Khamis, 4 Mac 2010
Kritikan membawa padah... Mungkinkah Nabil akan disaman produksi Lu Pikirlah Sendiri De Movie?

Rabu, 3 Mac 2010
'Drama Muzikal Yang Berwarna-Warni', Hotel Mania cetus fenomena baru!!



'Ceria, dramatik dan penuh elegan', itulah yang boleh saya simpulkan menerusi Hotel Mania, sebuah drama muzikal romantik arahan Nizam Zakaria yang telahpun membuka tirainya semalam di TV3 seterusnya menjadi drama mingguan yang mungkin akan diminati setiap Selasa pukul 9.00 malam. Berformatkan HD dengan 26 episod, Hotel Mania yang memilih Marriot Hotel, Putrajaya selaku lokasi penggambarannya, merupakan siri muzikal kedua selepas drama 'kau dan aku' yang ditayangkan di saluran digital Astro. Hotel Mania adaptasi Nizam Zakaria sepenuhnya dibarisi Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Menggunakan pendekatan siri muzikal dari Amerika Syarikat, 'Glee', 'Hotel Mania' merupakan naskhah terbitan KRU Films yang tidak mengecewakan penonton dan peminat drama di Malaysia. Walaupun agak janggal dengan menonjolkan setiap pelakonnya menyanyikan beberapa lagu ( mengikut gambaran scene kesan daripada persekitaran), Hotel Mania jelas nyata mempromosikan lagu-lagu terbitan KRU apabila keseluruhan muzikal ini menggunakan theme yang sama. Tidak boleh dinafikan kerana penerbitnya KRU dan dari sini jelas menunjukkan produksinya tidak perlu keluar wang lebih untuk membayar copyright bagi semua lagu yang dimuatkan dalam drama muzikal ini. Great!!. Jika disoal tentang naratif cerita muzikal Hotel Mania ini, saya dapat katakan di sini bahawa agak sukar untuk menjana pemikiran tentang apa yang ingin Nizam sampaikan menerusi Hotel Mania, melainkan jika ia dibikin dalam format filem dengan 3 act struktur. Hotel Mania merupakan drama muzikal penuh dengan elemen warna-warni kehidupan manusia yang hanya berpaksikan sebuah hotel, maka ia berlaku di satu tempat melainkan jika episod-episod seterusnya mempunyai struktur yang berbeza.Jika dilihat dari sudut lakonan para pelakonnya, Hotel Mania hanya memfokuskan kepada pelakon Anding Indrawani sahaja, berbanding pelakon lain yang hanya menjual nama dan ini sebagai daya tarikan penonton untuk mendekatkan diri dengan Hotel Mania. Konsep ini sememangnya boleh dilihat di kebanyakkan drama-drama yang ditayangkan di kaca tv, tetapi kelainan Hotel Mania adalah pada format penggambarannya yang menggunakan HD sepenuhnya berbanding produksi drama lain kecuali Khabir Bhatia . Justeru, jika anda penggemar drama muzikal ringan yang tidak memeningkan kepala, maka luangkan masa anda setiap Selasa 9.00 malam di TV3.
Produksi : Hotel Mania
Format : HD
Episod : 26 episod
Arahan & Lakon TV : Nizam Zakaria
Terbitan : KRU Films
p/s: enjoy it!!!
Selasa, 2 Mac 2010
Niyang Rapik.. bukan sekadar filem seram!!
Penggemar cerita-cerita seram, mungkin akan memilih 'Niyang Rapik' sebagai teman anda di kala keseorangan, apatah lagi menontonnya di waktu senja atau malam berarak pergi. Filem ke-14 arahan Ahmad Idham yang diterbitkan bersama Excellent Pictures dan MiG Productions selaku pengedar rasmi, merupakan filem seram terbaik Ahmad Idham setakat ini. Bukan sekadar propa tetapi ia naskhah seram yang bisa membangkitkan rasa dan mood penonton filem-filem tempatan. Memulakan jalur ceritanya dengan situasi kematian misteri Zack ( Fizz Fairuz) secara mengejut selepas pulang dari Niyang Rapik, seolah-oleh membuatkan jantung penonton merasai debarannya apatah lagi kualiti bunyi sekeliling menjadikan Niyang Rapik sebagai sebuah karya yang melebihi segalanya. Kematian Zack diragui empat teman baiknya, Helmi (Kamal Adli), Zizan (Shaheizy Sam), Saiful (Zed Zaidi) dan Amir (Awal Ashaari). Keempat mereka ini kembali semula ke Niyang Rapik bagi memulangkan satu kerambit yang dicuri semasa sesi ujikaji arkeologi yang dilakukan oleh mereka semua semasa pertama kali berkampung di Niyang Rapik. Persoalan kerambit menjadi tandatanya pertama dan subjek awal kepada perkembangan naskhah Niyang Rapik ini. Penonton disogokkan dengan adunan bunyi seram yang mengghairahkan, mencemaskan dan mendebarkan. Namun, kelainan filem ini pada imej hantu yang tidak dibuat secara klise sepertimana filem-filem seram yang lain. Ia tampak lebih menakutkan di mana paparan hantu tidak berulang kali, hanya sekadar dibantu dengan efek bunyi, lakonan dan mimik muka para pelakonnya. Inilah perkembangan positif kepada industri filem-filem seram tempatan. Kata orang yang baik itu ada cacat celanya.Menonton di GSC Times Square, KL semalam agak mengecewakan sedikit kerana teknikal di panggung tersebut mencacatkan filem ini di mana adunan bunyi tiba-tiba menjadi turun naik, tidak keluar suara pelakonnya dan tayangan filem itu terhenti seketika seolah-olah ada penunggu di panggung tersebut yang tidak membenarkan tayangannya berlangsung. Tidak beberapa lama kemudian, filem itu dimainkan semula sehingga akhir kreditnya tanpa ada cacat cela seperti sebelumnya. Ia bukan salah kualiti bunyi filem ini tetapi atas kesilapan teknikal di panggung GSC yang mungkin kata sesetengahnya tidak disengajakan. Tetapi.. ia perlu lebih prihatin kerana tumpuan penonton mungkin akan terganggu pada isi dan mood penceritaannya.
Berbalik kepada isi cerita Niyang Rapik ini, di mana kematian Zack terjawab dengan beberapa kejadian menggerikan di mana salah seorang daripada 4 rakannya mati melalui perlakuan sumbang mahram yang diburu Liana, sehingga akhir hayatnya. Kegerunan aspek horror itu ada pada imej botol yang mengandungi kepala Liana (Liyana Jasmay) yang tergerak-gerak dan pengarahan seni di dalam keseluruhan produksi Niyang Rapik ini menjadikan ia sebuah karya yang perku ditonton oleh semua peminat genre seram tempatan. Walaupun ia sebuah cerita seram biasa, tetapi kekuatan storytellingnya apatahlagi kecantikkan Tasik Kenyir, Terengganu menjadikan Niyang Rapik sebuah naskhah yang mungkin akan pecah panggung jika ada kena dengan caranya. Wallahuallam.
BINTANG:
Plot: 2.5
Lakonan: 3
Efek khas: 3.5
Sinematografi: 4
p/s: Setiap orang ada pandangannya terhadap filem ini kan. Mungkin ada yg suka dan tidak kan?. Apa-pun pihak GSC Times Square perlulah prihatin pada soal-soal teknikal apabila sesebuah filem itu sedang ditayangkan. Jangan rosakkan mood penonton sesebuah filem itu. Jika tidak, filem yang menarik akan jadi tidak menarik kan!!
Malaysian Film Box Office 2009!!
Setakat ini tahun 2010 filem Adnan Sempit arahan Ahmad Idham telah mengatasi jumlah kutipan yang membanggakan dalam sejarah Box Office Filem-Filem Tempatan. Tahniah buat semua krew produksi yang menjadikan karya Adnan Sempit mengutip pulangan RM 7.5 juta setakat ini. Jika ada kutipan baru dari Wajib Tayang sila inform ye..
Di sini dilampirkan kutipan sepanjang 2009 bagi filem-filem yang ditayangkan di pawagam Malaysia.
1. Geng: Pengembaraan Bermula : RM6.2 million
2. Jangan Pandang Belakang Congkak RM6.1 million
3. Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam RM4.1 million
4. Santau RM3.5 million
5. Jangan Tegur RM3.42
6. Papadom RM3.37 million
7. Senario the Movie Episode 2: Beach Boys RM3.1 million
8. Sifu & Tongga RM2.6 million
9. Jin Notti RM2.5 million
10. Syurga Cinta RM2.4 million
11. Pisau Cukur RM2.3 million
12. Momok the Movie RM2.1 million
13. Skrip 7707 RM1.9 million
14. Maut RM1.6 million
15. Setem RM1.3 million
16. My Spy RM1.2 million
17. Rasukan Ablasa RM 820,000
18. Jalang RM670,000
19. Duhai Si Pari-Pari RM600,000
20. Talentime RM420,000
21. Sayang RM370,000
22. Jin Hutan RM230,000
23. Sell Out RM160,000
24. Muallaf RM93,000
25. Lembing Awang Pulang ke Dayang RM90,000
26. Pulau Asmara RM40,000
Source: Unit Wajib Tayang, FINAS












