
Dokumentari terbitan Red Films bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), 'Dato' Siti Nurhaliza : Biography', akan ditayangkan secara eklusif pada 11 Januari 2012, 10.00 malam di History Channel 555 dan HD History 575. Dokumentari yang menceritakan suka duka bintang ternama dan Diva Malaysia itu merupakan dokumentari ketiga yang dihasilkan selepas P.Ramlee dan Sudirman Arshad.
agi anda peminat setia OMBAK RINDU bolehlah melanggan filem ini dengan menekan saluran 480, bagi membolehkan anda menonton OMBAK RINDU dalam dua format iaitu SD dan HD BEYOND
Cinta, Seks, Skandal, Persahabatan dan Alam Kehidupan Maya' yang bersangkut paut dengan alam realiti diterjemahkan secara jujur oleh Khairil M.Bahar menerusi 'Relationship Status
Menggunakan tagline 'dengan keampunan kita dimaafkan', Muallaf membawakan kepada kita sebuah paparan kisah yang agak sensitif mengenai Brian ( seorang guru sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak) dengan Rohana (Sharifah Aleysha) dan Rohani (Sharifah Armani)
Sesuatu Yang Tertinggal tidak berjaya meninggalkan hati dan jiwa saya dalam filem ini, cukuplah sekadar saya teruja dan terpegun menyaksikan Mona dengan imej JU ON nya - AMY IKRAM




Laporan Mingguan Malaysia ( sisipan pancaindera 23 Mei 2010)
ADEGAN peluk memeluk, urut mengurut dan babak dengan bumbu penuh berahi termuat dalam karya terbaru pengarah muda, Shuhaimi Lua. Karya berjudul Chukang yang dianggap 'panas' ini dapat dilihat di beberapa laman sosial meskipun tidak ditayangkan di mana-mana stesen tv tempatan.
Apa yang membuatkan Pancaindera terkesan, visual selama 17 minit itu memaparkan sepenuhnya adegan gejala songsang golongan gay, bapuk dan mak nyah yang cukup mendebarkan.
Ia mengisahkan tentang Azam yang bekerja sebagai tukang urut dan terjebak dengan gejala songsang tanpa pengetahuan keluarganya. Menjadi idaman ramai pelanggan setia yang akhirnya menimbulkan konflik dalam rumah urut itu sendiri.
Selain paparan aksi sensual separuh bogel, Chukang juga memaparkan kisah sisi hitam pekerja rumah urut kaum lelaki yang cintakan kaum sejenis.
Azam yang sering menjadi rebutan akhirnya menerima padah apabila kegiatan tidak bermoralnya itu diketahui keluarga.
Apa yang digambarkan oleh Shuhaimi dalam filem pendek pertama arahannya ini sebenarnya menimbulkan polemik yang cukup besar seperti mana yang pernah berlaku dalam beberapa filem pendek yang lain seperti Bukak Api, Comolot dan ... Dalam Botol yang lebih kurang sama.
Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran tatkala Shuhaimi menunjukkan hasil karyanya itu. Maka timbullah pertanyaan apakah motif dia menghasilkan karya sebegitu?
Adakah ini trend terbaru pengarah muda sepertinya untuk mencipta nama? Adakah gejala songsang yang berlaku pada masyarakat kita semakin menjadi barah seperti mana yang dipaparkan dalam Chukang?
Selain Azam Pit yang dicungkil bakatnya daripada program realiti MyStar LG, Chukang juga turut dibarisi Roslan Shah, Rosnan Rahman, Amran Ismail, Aesar Mustafa, Dior, Ezham, Idham, Syuqran dan Fazrien Ziear.
Filem pendek yang memakan bajet RM10,000 itu akan bertanding di Festival Filem Malaysia ke-23 pada bulan Julai ini. Shuhaimi menafikan dia mengambil kesempatan ke atas pelakon filemnya itu dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sehingga dia sanggup mengangkat golongan ini ke tahap sebegini.
Motif sebenar
Bagi Shuhaimi dia menafikan membikin Chukang atas dasar syok sendiri atau sekadar suka-suka sebaliknya apa yang cuba dipaparkan oleh pengarah muda ini cukup besar misinya.
"Saya hanya nak filem pendek pertama arahan ini masuk Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung dua bulan lagi. Itu sahaja. Ini filem pertama arahan saya dan filem pertama juga terbitan syarikat saya sendiri.
"Sudah pasti saya mahu Chukang dijadikan penanda aras kepada kejayaan saya mengemudi Seamen Production Sdn. Bhd. yang baru sahaja ditubuhkan. Saya bukan orang baru dalam industri, macam-macam kerja yang pernah saya buat sebelum ni. Jadi bila duduk dekat kerusi pengarah saya mahu menghasilkan sesuatu yang baru," jelasnya yang pernah membintangi telefilem Zahrul VS Zarina ini.
Ada yang menganggap Chukang sebagai satu filem pendek yang sensasi dan tak kurang juga yang melabelkan ia sebagai satu cerita klise yang sengaja direka oleh Shuhaimi.
Ramai yang melihat isu yang diketengahkan sudah lapuk tetapi atas dasar mahu mencetuskan kontroversi pelakon mahupun pengarah sanggup bersekongkol untuk mengangkat golongan gay ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Jelas Shuhaimi, tidak ada istilah bersekongkol mahupun apa-apa tujuan yang tersirat sebaliknya dia menjelaskan karya Chukang merupakan karya asal dirinya yang sudah lima tahun tersimpan rapi tetapi tidak berpeluang untuk divisualkan.
"Memang saya bertekad untuk menerbitkan ia bila tiba masanya dan saya rasa ini masa yang cukup sesuai untuk dipertontonkan. Cerita ini ada kelainan. Itu yang saya suka. Jadi saya mahu orang ramai tengok dulu hasil kerja saya dan barulah boleh jatuh hukuman," pinta anak muda yang berusia 35 tahun ini.
Jelas Shuhaimi dia sengaja memilih cerita gay sebagai tema kerana yakin ramai yang teruja dengan cerita ini. Sambil menafikan dia mengagung-agungkan golongan ini, dia sudah menerima banyak maklum balas yang mahu Chukang dibuat dipanjangkan menjadi sebuah filem standard.
Mahu cari kontroversi
Kontroversi itu penting. Ada yang sengaja mencipta kontroversi untuk melariskan filem dan tak kurang juga yang menerima tempias apabila sesebuah filem itu selesai ditayangkan di panggung.
Tapi harus diingat, kontroversi bukan dalam dunia cinta songsang semata-mata. Masih banyak lagi isu lain yang boleh diangkat seperti isu agama seperti mana yang banyak dipaparkan dalam filem Indonesia. Tapi mengapa Shuhaimi masih mahu bikin kontroversi dunia songsang ini?
"Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah yang besar. Apa yang penting mesej yang ingin disampaikan itu.
Ya, memang itu niat saya untuk kontroversi. Kalau saya buat cerita cinta yang biasa sampai bila-bila pun orang tak akan tertarik nak tengok. Bila buat cerita rumah urut banyak maklum balas yang saya terima dan ramai yang teruja dengannya.
"Ini yang membuatkan saya seronok dan yakin hasil kerja saya akan dilihat dan membuka rezeki seterusnya. Lagipun cerita tentang rumah urut ini bukanlah sesuatu yang asing bagi orang kita. Setiap hari ada sahaja rumah urut yang diserbu dan gejala ini masih terus berleluasa. Apa salahnya saya bikin panas untuk menarik perhatian peminat?.
"Kalau penonton lihat keseluruhan filem ini, sudah pasti tahu apa mesej yang saya ingin paparkan. Hanya ada beberapa babak sensual tapi yang lain semua cerita yang ada mesej.
"Jadi kalau ada yang nak label ini filem lucah saya tak setuju. Sebab itu saya minta orang lihat dulu keseluruhan Chukang barulah boleh nak bagi komen," katanya.
Menjadi pengarah baru sepertinya, sudah pasti memberikan satu cabaran yang paling besar untuk menapak dalam bidang ini. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi sebelum sampai ke tahap ini.
Shuhaimi menjelaskan dia cukup berterima kasih kepada orang sekeliling yang banyak membantu dirinya membina nama dan kerjaya apatah lagi kepada pelakon serta kru yang terlibat dalam pembikinan Chukang.
"Saya cukup bangga dengan komitmen yang diberikan artis yang terlibat. Ada yang hanya tolong saya secara ikhlas tanpa meminta bayaran. Ini sebenarnya cukup besar maknanya pada saya.
"Bagi pelakon baru pula saya cukup kagum dengan bakat yang ditunjukkan oleh Azam, Amran, Izham dan pelakon yang lain yang begitu komited. Harap-harap selepas ini bintang mereka lebih bersinar seperti mana yang dikecapi orang lain," kata Shuhaimi tanpa berselindung.
Ifa Raziah dan Roslan Shah turut menjayakan Chukang
Laporan Kosmo Ahad ( 23 Mei 2010)
DIVA dapat SMS daripada teman meminta Diva menonton filem Chukang yang hanya disiarkan di laman Youtube. Khabarnya Chukang bakal dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia ke-23 kelak.
Rupa-rupanya ia sebuah filem yang mempunyai elemen seks dan memaparkan kisah tukang urut yang terpaksa berdepan dengan cabaran kerja dan nafsu.
Filem pendek arahan Shuhaimi Lua itu dilakonkan oleh pelakon muda, Azam Pit dan dengarnya terinpirasi oleh filem Comolot dan Malaikat Di Jendela. Filem ini turut menampilkan Roslan Shah dan Ifa Raziah.
Diva cuma tertanya-tanya motif filem ini kerana tiada elemen drama dan artistik di dalamnya.
Malah, Azam juga sebenarnya memerlukan lebih banyak bimbingan kerana dia seperti tidak dapat menjiwai dan membawakan watak utama dengan baik.
Bagi Diva tidak salah untuk membuat filem yang lain daripada yang lain tetapi tujuan dan impak filem tersebut harus diambil kira.
Kalau mahu menayangkan kisah benar yang wujud di kota metropolitan, banyak lagi kisah lain yang boleh diambil dan dijadikan iktibar.
p/s: Antara 'bukak api', 'comolot' dan 'chukang'.. mana satu pilihan anda?.
Tinggal beberapa hari lagi, filem terbitan Dr. Rozmey akan menjengah pawagam tempatan di seluruh semenanjung tanah air termasuk Sabah dan Sarawak mulai 27 Mei 2010. Filem yang dijangkakan akan mengutip kutipan RM 12 juta oleh penerbitnya, Dr. Rozmey kini di katakan filem yang tidak diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia ( LPF). Benarkah andaian yang dikupas oleh Akmal Abdullah, wartawan Berita Harian tersebut?. Mari kita lihat apa yang ditulis beliau dalam akhbarnya itu..Ini bererti mungkin jika tidak didedahkan menerusi media massa, pihak penerbitan syarikat itu belum menghantar filem mereka kepada LPF untuk permohonan kelulusan sedangkan waktu tayangan yang dihebahkan semakin dekat. Jurucakap LPF ketika dihubungi kelmarin, mengakui pihaknya baru saja menerima salinan penuh filem 2 Alam daripada syarikat penerbitannya pada 17 Mei lalu apabila badan penapisan itu sendiri yang memintanya berbuat demikian dengan kadar segera.
“Kami sendiri hubungi mereka selepas meneliti laporan dalam media massa mengenai filem ini yang belum meminta kelulusan LPF sedangkan mahu ditayangkan pada 27 Mei seperti dihebahkan penerbitnya. Kita hubungi mereka dan memberi teguran supaya tidak menghebahkan tarikh tayangan kepada umum selagi filem tidak mendapat kelulusan LPF sebab bimbang kemungkinan sesuatu berlaku jika contohnya filem tidak mendapat kelulusan atau perlu dibuat potongan babak. Sehingga hari ini (Rabu), pihak kami belum menapis dan meneliti isi filem itu tetapi mengikut kebiasaan tempoh tapisan akan dilakukan selama lima hari dan kemudian barulah surat kelulusan diberikan. Ia bergantung kepada isi dan cerita filem yang dipaparkan, jika tidak ada apa-apa yang perlu dipotong dan Pengerusi LPF berpuas hati, barulah ia diberi kelulusan,” katanya kepada Hip.
Minggu lalu, ruangan Epilog (Hip - 13 Mei 2010) membangkitkan persoalan mengenai sama ada 2 Alam sudah memohon kelulusan LPF atau sebaliknya kerana penerbit filem itu tidak mahu menggunakan skim Syarat Wajib Tayang (SWT) yang dikendalikan Finas seperti kebiasaan yang dibuat oleh penerbit filem lain.
Hebahan mengenai tayangan filem itu yang dikatakan akan bermula 27 Mei ini dibuat secara meluas iaitu menerusi pembelian iklan dalam akhbar dan radio, selain menerusi temu bual bersama media massa.
Bagaimanapun, penerbit filem itu, Datuk Dr Rozmey Che Din, dalam kenyataannya kepada Harian Metro kelmarin, memberitahu filem itu sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu tarikh tayangan di panggung pada 27 Mei ini, selain mengatakan apabila pihaknya tidak mengambil pinjaman daripada Finas maka mereka tidak perlu terikat dengan skim SWT. Dr Rozmey yang yakin 2 Alam mampu mencapai sasaran kutipan tiket RM12 juta juga berkata, pihaknya tidak nampak masalah terhadap proses keizinan LPF kerana pihaknya sentiasa patut kepada peraturan ditetapkan. “Sebagai rakyat saya mematuhi segala prinsip kenegaraan dalam berkarya.” kata Dr Rozmey. Mengulas lanjut mengenai kelewatan menghantar filem untuk tapisan, jurucakap itu menjelaskan, apa yang dilakukan pihak dR Movie Production Sdn Bhd adalah tidak sewajarnya berlaku kerana ia boleh mengundang masalah.
“Sepatutnya mana-mana penerbit filem hendaklah menghantar permohonan untuk kelulusan filem mereka lebih awal sebelum memilih dan mengumumkan tarikh tayangan kepada orang ramai. Kita bimbang berlaku masalah jika filem itu tidak diberi kelulusan seperti dijangka penerbit kerana mungkin ada masalah untuk membuat pemotongan babak atau mungkin jika tidak lulus tayangan, ia akan menyusahkan penerbit filem itu sendiri sedangkan mereka sudah menghebahkan tarikh tayangan. Seperti filem terbitan dR Movie Productions Sdn Bhd ini, sepatutnya mereka memohon kelulusan lebih awal. Apabila ditegur mereka kata cuma nak buat gimik. Kami nasihatkan penerbit filem lain juga supaya mengikut prosedur dan peraturan sekalipun hendak buat gimik kerana kelulusan hendaklah diperoleh sebelum mengumumkan tarikh tayangan.
“Kami akui sebelum ini penerbit 2 Alam tidak menghantar salinan filem itu kepada LPF dan hanya menghantarnya pada 17 Mei selepas diminta berbuat demikian, itu pun selepas kami mengetahui hal ini menerusi laporan dalam akhbar. Sepatutnya penerbit filem ini kena hantar kepada LPF dulu untuk tapisan sebelum promosi dan radio diadakan. Syarikat ini juga baru saja mendaftar dengan LPF kira-kira minggu lepas , sebelum ini mereka guna nama syarikat lain untuk terbitkan filem berjudul Jalang,” kata jurucakap itu.
p/s: Apakah benar ia boleh pecah panggung menjadi RM 12 juta. Nantikan sahaja okay. Jika ada pi tonton maka anda juga turut melabur menjadi RM 12 juta. hhehehe. Filem yang dinanti-nantikan tayangannya...































ISTANA Budaya dan CTRA Production akan mengadakan satu sesi uji bakat pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir pada 8 dan 9 Mei ini.
Bertempat di Istana Budaya, sesi tersebut akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang bagi kedua-dua tarikh tersebut.
KRITERIA-KRITERIA
Umur: 7 - 50 tahun
Bakat: Berlakon, menyanyi, menari
Keupayaan: Berbahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan loghat Kedah akan diberi keutamaan.
Bagi membuat sebarang pertanyaan, hubungi Sharlina Alias di talian 03-4026 5627 dan Nor Hafizah Hasan (03-4026 5638).
p/s: saya merasakan Che Kem pelakon utama dalam 1957 Hati Malaya tue sesuai dengan watak Tun Mahathir nie..