'Mereka memilih Filem yang Berkualiti di Pesta Malam Anak Anak Wayang - FFM24, 2011

SILA KLIK


MAK AYAM BENGANG GILER DENGAN FFM 24, 2011. SABOR JER LAH

wow!.. inilah barisan Juri di Festival Filem Malaysia ke 24, 2011. Mereka dikalangan bijak pandai dan barisan kreatif yang telah menobatkan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Filem Terbaik dan Libas sebagai Cerita Asal Terbaik.

Persoalan yang berputar di kepala semua penggiat dan pengkritik filem tempatan ialah celah mana 'Libas', karya Martias Mohd Ali boleh memenangi Cerita Asal Terbaik?. Cer cakap sama mak ayam besar.. asal tang mana?. original ka cerita Libas tu!. Bukankah Libas meniru filem Shaolin Soccer arahan Stephen Chow tue!. Nampak gayanya Juri-Juri ni tak tengok ka filem Shaolin tu.. Atau Meniru filem luar boleh dapat Cerita Asal Terbaik. Nampak gayanya, kalau nak menang Award bagi kategori ini kita kena tiru karya luar.. baru dinamakan Cerita Asal Terbaik!. Wahai Ajami Hashim, kalau hang nak menang Cerita Asal Terbaik, hang kena cari filem luar yang ada unsur anak ikan.. Sebab nanti juri teruja.. hahaha sabor je lah.

Bukannya mak ayam jealous tak tentu pasal (kata teman-teman blog) atas kemenangan mereka, tapi tolonglah menilai sesebuah filem yang masuk tu betul-betul. Korang tengok tak plot, naratif cerita, storyteller dan bahasa filem?. Cer habaq mai kat mak ayam.. apa bahasa filem bagi filem yang menang Cerita Asal Terbaik! Pas ni confirm abang mamat khalid dan Raja Azmi akan melenting lagi.. termasuk Pak Hassan Muthalib.. Kenapa, ... dalam botol tak tercalon langsung bagi kategori 'CERITA ASAL TERBAIK'. Bukankah ia sudah tertulis dalam poster tue 'BASED ON TRUE STORY'.. true story tu kan kisah benar, ; ini bermakna itu cerita asal. Lantaklah korang nak menangkan ia atau tak.. nampak gayanya juri boikot gile kalau filem ada bahasa filem.. Macam yang pernah jadi pada zaman Yasmin Ahmad dulu.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA?. ia menang Filem Terbaik. Bukan ke filem tu campur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?. Tak silap mak ayam la, sesebuah filem yang diangkat filem terbaik tak boleh filem dwibahasa.. Kalau macam tue.. kenapa filem ESTET arahan MAMAT KHALID kalah ditangan filem MAGIKA?. Kenapa ESTET tak menang dulu? Kata mereka, MAGIKA ada budaya melayu, ESTET tidak! haha what the hell beb?. Jadi.. kenapa tahun ni 24 tahun, FFM24 dah tunggang terbalik?!. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA a.ka WANGSA MAJU SECTION 2, hahaha kan filem berbahasa English..

Kite tengok je lah tahun depan macam mana FFM25.. Ramai yang mintak FFM25 tahun 2012 dianjurkan FINAS! Hope ada perubahan la ye.. kalau macam nie lagi lebih baik Mak Ayam masuk peraduan Milo dan Susu Cap Junjung. Confirm mak ayam menang! hahaha



Tu dia barisan orang kuat FFM 24.. ini Mak Ayam tak mau campur.. nanti orang cakap mak ayam busy body macam kolum-kolum akhbar arus perdana.. hahaha. Apa pun tahun ni Mak Ayam tak rasakan Gemilangnya FFM24, cuma yang gemilangnya para artis lalu di permaidani merah sambil melambai ratu dengan alasan 'Kau Ada?.. Mampu jalan kt red carpet sambil di SNAP SNAP! Abang Kamera yang kacak!. Aduh.. hahaha

Apapun Mak Ayam menantikan Statement dari Raja Kontroversi Malaysia, Raja Azmi dan Mamat Khalid pulak ye!.. Chow beb!


Majulah Filem untuk Negara
Filem Kita Wajah Sarwa
amy ikram

P/S: Hahaha. Fadz aku pinjam statement kau okay!


Catat Ulasan

2 Ulasan

PerangFilem berkata…
nak minta kebenaran ambil gambar nama juri2 tu boleh?
Che Kay berkata…
kellest ayat2 mak ayam! i like~