9 November 2009, 21 Zulkaedah 1430H


Yasmin Ahmad Memory ( 1958 - 2009 )

Yasmin Ahmad Memory ( 1958 - 2009 )
"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi Satu" .Al Fatihah buat Yasmin Ahmad yang sudah meninggalkan kita pada 11.25 malam, Sabtu 25 Julai 2009.

Yasmin Ahmad's Book..... Launched on 18 November 2009!  

Posted by: amy ikram ismail

Kepada anda yang tercari-cari sebuah koleksi menarik tentang Allahyarham Yasmid Ahmad untuk dijadikan koleksi peribadi, "Yasmin Ahmad's Films", jawapan rasmi kepada catatan lengkap tulisan pengarah filem profilik, Amir Muhammad. Buku yang dijual dengan harga pengenalan RM 25.00 ini boleh dimiliki di semua kedai buku seluruh negara. Menariknya, buku yang diterbitkan oleh Matahari Publications ini merupakan catatan lengkap Amir Muhammad mengenai Yasmin Ahmad dari dulu dan sekarang melalui kaca mata sebagai seorang pembikin filem yang disegani.

'Yasmin Ahmad's Films', koleksi peribadi Amir Muhammad ini akan dilancarkan pada 18 November 2009 (Rabu) di Level 4, Sunway University College. Majlis yang dijadualkan bermula pukul 3.00 - 4.30 petang ini mengalu-alukan kedatangan semua penggiat filem tempatan, rakan media cetak dan elektronik, rakan blogger dan peminat untuk sama-sama memeriahkan acara yang dirancang. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau info terkini, bolehlah melayari laman Amir Muhammad sekarang!!.

Harap maklum.

p/s: Sebuah buku yang menarik dan harus dimiliki. Ulasan tentang buku Yasmin Ahmad's Films akan di updated akan datang..

'Yasmin Ahmad, Kata-katanya penuh seni......'  

Posted by: amy ikram ismail

'Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu', itulah tagline penuh makna daripada Bukan Sepet yang boleh diberikan pada nama yang cukup indah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. Walaupun hampir 3 bulan lebih pemergiannya ke rahmatullah pada 25 Julai 2009, namun namanya akan tetap diingati hingga ke akhir zaman.




'Kak Min, seorang pengarah filem yang cukup kreatif, tidak sombong, mempunyai daya intelektual yang tinggi dan peramah', itulah yang dapat saya simpulkan apabila menonton video 'Kak Min', yang diupload masuk oleh blogger popular, Ajami Hashim ke laman paling hit, youtube. Video ringkas berdurasi 6 minit 15 saat ini telah pun ditayangkan di Maskara Shorties, 31 Oktober 2009, di rumah pena, Kuala Lumpur. Ia sebenarnya temubual ekslusif antara Ajami Hashim dengan Yasmin yang sempat dirakamkan semasa hayatnya di muka bumi Allah S.W.T. Hayatilah kata-kata penuh seni daripada Allahyarham Yasmin Ahmad yang berkongsi pada kita tentang bagaimana kesenian dan perfileman digabungkan menjadi visual yang mampu diperkatakan oleh seluruh pelusuk dunia.

Namun, kini hanya tinggal sejarah yang mungkin akan dikenang, diingati dan ditatapi buat semua pencinta seni dan karya visual seluruh negara.

p/s: Al-Fatihah buat Mak!!! sedih bile dengar lagu 'Pergi' nyanyi Aizat dari soundrack Talentime

Mewah ala Myvi.. Exclusive Edition penuh elegan!!  

Posted by: amy ikram ismail

'Mewah dan penuh ekslusif', itulah yang dapat saya gambarkan melalui model terkini Myvi keluaran Perodua yang telah berada di pasaran sejak Oktober 2009 lalu. Myvi Exlusive Edition 1.3L yang menawarkan pelbagai ciri terkini dan penuh elegan hanya dikeluarkan 5,000 unit yang menawarkan pelbagai perubahan luaran dan dalaman menarik. Antarannya ialah:-
  • rim aloi 14 inci, skirt sisi, pemegang pintu krom manakala ruang dalamannya disaluti tempat duduk berkulit, panel sisi dan stereng daripada kulit hitam sporty dan pemain cakera 'Double Din' bersama pemain USB.
  • sistem audio dibekalkan dengan teknologi Bluetooth sebagai kit alternatif bebas tangan telefon bimbit.
  • enjin dijana dengan 1.3L DVVT DOHC 16 injap yang menghamburkan kuasa maksimum setinggi 89 hp pada 6,000 rpm manakala tork maksimum sekuat 116Nm pada 3,200rpm.
  • Ia dijual pada harga antara RM51,000 hingga RM51,500.
  • Ia agak terhad dan siapa cepat dia dapat.
Nampaknya inilah kereta yang perlu dimiliki buat masa ini.. sebelum impian untuk memiliki Honda Jazz akan datang... Insya allah..
p/s: nak beli kereta untuk tahun 2010 nanti... senang sikit.. huhuhu

**Maaf topik hari ini berbeza dari topik hiburan dan filem yang saya selalu update.. untuk hari ini ikut mood la ye**

'Tunjang Sa'adah ... Karya Ajami Hashim akan datang!!!  

Posted by: amy ikram ismail


Blogger filem popular, Ajami Hashim dengan bangganya mempersembahkan 'Tunjang Sa'adah', sebuah telemovie cinta arahan Haizul Anafer Ali yang akan ditayangkan pada 14 November 2009 melalui slot cerekarama TV3.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis:-

Kisah ini berkisar di sepanjang kehidupan Sa’adah (33), seorang wanita bujang yang bekerja sebagai orang gaji dimana akhirnya dia dinikahi oleh majikannya sendiri di Kuala Lumpur.

Tajudin (35) ialah majikan Sa’adah juga seorang franchiser restoren makanan segera yang baru sahaja kematian isterinya, Salima (33) kerana sakit barah payudara. Tajudin terpaksa menjaga anak tunggalnya Alif (6) dengan tidak terurus dan mengalami trauma kerana tidak dapat menerima kematian Salima.

Sa’adah yang sudah lama berkhidmat untuk Tajudin, Salima dan Alif terpaksa diberhentikan kerja dan pulang ke kampungnya semula di Perak. Ini adalah kerana Tajudin tidak boleh tinggal serumah dengan wanita bukan muhrimnya walaupun dia sangat memerlukan Sa’adah untuk menjaga Alif.

Sa’adah merasa sedih kerana dia sebenarnya tidak mahu pulang ke kampung semula sebab hubungan dingin dengan kakak iparnya, Hajar (28). Ini semua berpunca dari sikap ‘queen control’ Hajar terhadap abang kandungnya, Haidir (35). Tambahan lagi Hajar sedang cuba sedaya-upaya menyuruh suaminya meminta Sa’adah menukarkan nama di atas geran tanah pusaka yang dimiliki mereka adik-beradik. Hajar mahu pajakkan geran itu kepada pihak bank untuk keperluan nafsu kewangannya. Sebagai jalan keluar, Sa’adah nekad untuk memohon kerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang dan setuju untuk tukarkan geran itu sepenuhnya kepada nama Haidir.

Ibu kandung Tajudin, Mak Badar (60) risaukan masa depan cucunya setelah ketiadaan Salima dan Sa’adah. Mak Badar sedar bahawa dia tak mampu menjaga Alif kerana masalah kesihatannya yang mengidap penyakit darah tinggi dan semakin uzur.

Pada waktu yang sama, seorang ejen insuran, Azlina (28) yang menguruskan tuntutan insuran nyawa Salima yang bernilai RM500 ribu semakin intim merapati Tajudin. Mak Badar gusar dengan sikap miang Azlina lalu memujuk Tajudin untuk menikahi Sa’adah kerana Alif sangat memerlukan Sa’adah sebagai ibu ganti. Tajudin tiada pilihan lain.

Akhirnya Tajudin terpaksa melamar Sa’adah pada hari pemergiannya ke Pulau Pinang. Namun pernikahan itu tanpa sebarang perasaan cinta hanyalah bulat-bulat kerana kepentingan hak penjagaan Alif sahaja. Sa’adah kembali ke Kuala Lumpur bergelar seorang isteri dan ibu tiri. Perkahwinan ala kontrak Tajudin-Sa’adah itu menimbulkan satu-persatu konflik rumahtangga yang menjadi serius hari demi hari.

Saksikanlah kesudahan kisah Tunjang Sa'adah ini di slot cerekarama TV3 akan datang Sabtu, 14 November 2009, pukul 10 malam!

p/s: Nantikan tayangannya akan datang okay.. to Ajami:- Tunjang Sa'adah tue apa maknanya ek?.

*ulasan telemovie ini akan datang!!

Kutipan Papadom.. dan Produk terbaru Tayangan Unggul...  

Posted by: amy ikram ismail


Sekalung tahniah buat Afdlin Shauki dan semua krew penggambaran termasuk produsernya, Tayangan Unggul kerana berjaya menjadikan Papadom antara filem Box Office mengatasi 2 buah filem lain, Momok The Movie dan Jin Notti. Papadom sebuah filem komedi keluarga kini berjaya memperolehi kutipan RM 3.4 juta dalam sebulan ditayangkan di pawagam berbanding Momok The Movie hanya mengutip RM 2.1 juta dan Jin Notti RM 2.05 juta. Menurut Gayathri Su Lin Pillai, penerbit eksekutif Tayangan Unggul berkata, kejayaan Papadom di Festival Filem Malaysia ke-22, 2009 membuktikan bahawa karya ringan seperti Papadom diterima umum sehingga mengutip pulangan yang memberangsangkan. Ini sekaligus menggembirakan keseluruhan tenaga produksi termasuk sutradaranya, Afdlin Shauki. Menarik mengenai Papadom, filem terbaik FFM 22, 2009 ini khabarnya akan ditayangkan secara ekslusif di Osaka Asean Film Festival di Jepun pada Mac 2010 depan. Selain itu, tayangannya di Singapura akan menyusul kemudian. Pada Ogos 2010, Tayangan Unggul akan menyediakan buah tangan ketiga daripada Afdlin melalui Tayangan Unggul, berjudul ‘Misteri Jalan Lama’ yang bergenre drama fantasi dan horror. Manakala bagi menutup tayangan filem Malaysia untuk tahun 2009, filem ' Duhai Si Pari-Pari' lakonan mantap pelakon kontroversi, Remy Ishak akan di tayangkan di pawagam mulai 31 Disember 2009.

Ketika ditemui semasa Majlis Penghargaan Industri Filem di Kompleks Studio Merdeka Finas, penerbit eksekutif Naga VXS, Norhafizah atau Kak Jib pula memberitahu saya bahawa filem arahan terbaru Mamat Khalid ' Hantu Kak Limah Balik Rumah' akan memulakan penggambaran pada 15 November 2009. Ia merupakan produk komedi seram Mamat Khalid selepas Zombi Kampung Pisang yang di katakan filem melayu yang 'ape-ape ntah'. Justeru, kerancakkan sinema Malaysia tidak akan lengkap tanpa naratif dan olahan pengarahnya dalam menyampaikan sesuatu kepada khalayak. Namun, kesimpulannya antara Afdlin Shauki dan Mamat Khalid, masing-masing mempunyai perbezaannya yang tersendiri.

Wallahuallam.

p/s: Dengar-dengar khabar, Azwan Annuar berlakon dalam filem Hantu Kak Limah tue.. huhu Betulke??!

I’VE SEEN FILMS International Film Festival - 2010 Call For Entry  

Posted by: amy ikram ismail



I’VE SEEN FILMS ANNOUNCES
THE 2010 CALL FOR ENTRIES

"It’s time to put on your shorts"
Rutger Hauer challenges filmmakers to show him ''things never seen before''.
He will personally award the winners during the Festival's Award Evening.

Milano ( Italy ), November 3, 2009 - After the very successful 2008 Edition, I'VE SEEN FILMS International Film Festival announced today, along with its founder, the international artist Ruger Hauer, that the Festival’s Third Edition will be held in 2010 in Milan , Italy .

The Festival has also announced the online release of the Call for Entries.

The deadline to submit films for the 2010 I'VE SEEN FILMS International Film Festival is Monday, April 5, 2010

The 2010 Festival edition competition - further to the main film categories - will include a special section dedicated to feature films and works dealing with themes and images from Arts (painting, sculpture, theater, poetry and literature).

Submission forms, Call for Entry document and complete information regarding eligibility and entry rules and regulations are available at: www.icfilms.org/eng/regulations.php

The I'VE SEEN FILMS International Film Festival was founded in 2007 by Rutger Hauer and it aims to promote on a world-wide basis and also through the internet streaming medium the works of filmmakers desiring powerful exposure and visibility to their films.

The 'I've Seen Films' Festival stands out among other film festivals bacause the film authors are able to watch their works in a big theater screening room where films are screened in a masterfully digitalized version thanks to the very meticulous attention always paid to the theatrical presentation of the competing works. This professional approach to the screening quality allows a superlative high-quality video definition which, during the past editions, gathered enthusiastic praises from the audience and film authors alike.

‘I’ve Seen Films’ provides a unique platform for up-and-coming filmmakers to demonstrate their artistic capabilities and for the public to recognize their talent. A prestigious Jury of internationally-known film experts enhances the complexity and uniqueness of this Festival.

Furthermore, in an agreement between 'I've Seen Films' and Microcinema Digital Network, the films of the international film festival founded by Rutger Hauer are screened in theaters with the cooperation of 'ESA' - the European Space Agency.

The launching pad for this International Film Festival is the Internet Contest organized in cooperation with CortoWeb. Together, 'I've Seen Films' and CortoWeb offer film authors an additional exposure to their works: the 2009 edition totaled 337 online competing works that received a staggering number of more than 1,500,000 views.

For the competing film authors, in the true ‘I’ve Seen Films’ tradition, the Award Evening will evolve into an unforgettable moment that makes them the real protagonists of the Festival.


I'VE SEEN FILMS - International Film Festival
ORGANIZATION: The Rutger Hauer Starfish Association
TECHNICAL ORGANIZATION: CortoWeb
President : Rutger Hauer
Director: PierPaolo De Fina
Artistic Directors : Pier Paolo De Fina and Giancarlo Zappoli
Organization Responsible: Flavia Costa
icfilms@rutgerhauer.org
www.icfilms.org

Press Office: Alessandra Izzo
Email : izzocomunicazione@gmail.com
Cell.: + 39 335 6882776 / Office: +39 06 8186611

Birthday Boy.... Azam Zainal!!!  

Posted by: amy ikram ismail


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Happy Birthday exclusive for Azam Zainal... My Best Friend.. and My Sweety Host.. Si Comey... Moga di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan sentiasa ceria dengan senyuman yang terukir di bibir bersama insan yang di sayanginya.. Amin.. Ya Rabbal Alamin

**Bagi anda yang menyambut Hari kelahiran pada hari ini juga, apa kata cuba hayati 2 buah lagu yang saya tujukan buat semua pembaca blog ini yang menyambut Birthday pada 3 November 2009'..





p/s: Terbang dan hinggap atas pohon.. angin bertiup dan rama-rama mula terbang, kocak air dan titisan embun mula menitis... !!!

info: Azam Zainal merupakan seorang hos muda... jika anda berminat untuk mencari seorang hos yang petah berbicara.. bolehlah menghubungi admin blog ini di amy.ikram@yahoo.com

'Magika'... Filem terhebat KRU Films?  

Posted by: amy ikram ismail


Benarkah andaian yang mengatakan 'Magika' filem terhebat untuk tahun 2010?. Filem arahan Edry Abd. Halim ini sebenarnya telah pun ditayangkan di Bangkok, baru-baru ini semasa sidang preview khas yang melibatkan ramai rakan media. Tayangan yang di adakan pertengahan Oktober 2009 lalu merupakan 'test market' sebelum ia memasuki pawagam Malaysia pada tahun depan. Kepada anda termasuk saya yang belum menyaksikan Magika, nantikan Tayangan Perdana Magika yang akan di beritahu kelak. Nak tahu apakah yang di uraikan wartawan Berita Harian, Nurulhisham Abdul Latiff mengenai Magika.. jom kita baca apa yang dipaparkan di bawah...

Filem terbaru terbitan KRU Studios papar persembahan berbeza, amat segar dari segi penceritaan dan genre

PADA pertengahan Oktober lalu, sekumpulan wartawan hiburan negara diundang KRU Studios ke Bangkok untuk menonton filem terbaru keluaran syarikat berkenaan, Magika.

Dalam perjalanan ke sana, orang kuat syarikat terbabit, Norman Abdul Halim memberitahu, tujuannya berbuat demikian sekadar memberikan pengalaman berbeza kepada wartawan yang selalunya menonton filem tempatan pada majlis pratonton atau tayangan perdana di sekitar ibu kota.

Ketika itu, Magika baru saja siap menjalani proses pasca-penerbitan di Siam Film Development (SFD), Bangkok, lokasi di mana filem berkenaan ditayangkan di pawagam mini yang boleh memuatkan sekitar 20 penonton pada satu masa.

KRU memilih SFD di Bangkok sebagai pusat pemprosesan akhir filem mereka kerana percaya pada keupayaan pakar yang bertugas di situ serta teknologi dimiliki syarikat terbabit. Kesemua filem keluaran KRU Studios sebelum ini (Cicak-Man 1 & 2, Duyung, Jin Notti, My Spy) menjalani proses serupa di tempat yang sama.

Selain Thailand, kebanyakan filem di rantau Asia bertumpu di negara seperti India, Hong Kong dan Australia untuk tujuan menyiapkan pasca-produksi filem keluaran mereka.

Selepas dibawa meninjau beberapa studio pemprosesan, termasuk bilik suntingan audio dan penggredan warna, akhirnya filem sulung arahan Edry Abdul Halim ditayangkan. Daripada minit pertama tayangan, sudah kelihatan suatu pembaharuan dipersembahkan jejaka yang sebelum ini banyak menggalas tanggungjawab dari segi muzik terhadap produk keluaran syarikat mereka.

Sesudah sejam setengah filem terbabit diputarkan, lampu pawagam mini itu dihidupkan, diikuti tepukan gemuruh wakil media yang ada. Magika nyata sebuah persembahan yang berbeza dan amat segar dari segi penceritaan dan genrenya. Kisah dua beradik dari zaman moden yang sesat di alam ‘lain’, lalu bertemu dengan pelbagai watak popular dalam cerita lama masyarakat Melayu, dipersembahkan pula dalam bentuk muzikal dikira percubaan yang menjadi lagi menghiburkan.

Keberanian KRU mengundang wartawan menonton filem itu di Bangkok, beberapa bulan sebelum ia menemui penonton di tanah air dikira berbaloi. Terlintas juga di kepala, beberapa jam sebelum tayangan bermula, bagaimana jika filem Magika tidak seberapa? Tetapi, takkan Norman dan dua adik lelakinya itu berani mengundang wakil media seandainya Magika hanyalah sebuah filem biasa.

Beberapa bulan sebelum filem itu menjalani proses akhir di Bangkok, sudah kedengaran ‘cerita’ kononnya ia bakal membawa perubahan kepada resipi filem tempatan. Mengangkat genre muzikal, pada ketika ramai produser mempertaruhkan filem seram dan komedi, dikira satu lagi percubaan nekad KRU Studios dalam mempelbagaikan lagi jenis filem di negara ini.

Mereka jugalah syarikat pertama yang memperkenalkan filem adiwira dalam arena perfileman tempatan. Dipersembahkan dalam bentuk komedi dan aksi, Cicak-Man seterusnya muncul antara filem paling berjaya pernah dihasilkan dengan pungutan melebihi RM5 juta, ketika ditayangkan pada penghujung 2006.

Magika, yang mempertaruhkan dua pelakon muda, Diana Danielle dan Shafimie Saedon atau Fimie (Hikayat Putera Shazlan) bagi memegang watak utama, meriah dengan kemunculan ramai artis popular sebagai bintang undangan termasuk Mawi, Ziana Zain, Ning Baizura, Aznil Nawawi, Vanida Imran, Raja Azura, Senario, Norman Hakim, Sharifah Aleya dan Sharifah Amani, Sabri Yunus, Datuk Jalaludin Hassan, Fauziah Ahmad Daud dan M Nasir.

Turut memeriahkan filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak itu ialah kumpulan KRU yang muncul sebagai pokok boleh bercakap dan menyanyi.

Siapa sangka, si pencipta muzik rupa-rupanya juga seorang pengarah cukup kreatif? Edry mempunyai potensi besar untuk terus menghasilkan filem yang menawarkan hiburan berbeza.

"Saya sendiri memasang impian untuk menghasilkan sebuah filem muzikal penuh pada masa akan datang. Menerusi percubaan pertama ini, kami tidak boleh berbuat demikian, bimbang juga jika penonton belum bersedia menerimanya, Justeru, kami hasilkan muzikal yang turut mempunyai dialog," katanya yang sebelum ini kerap terbabit dalam pembikinan klip video nyanyian artis KRU Studios.

Bukan sekadar mengarah, tetapi Edry sebenarnya terbabit dalam filem berkenaan dari A hingga Z apabila dia juga berkeupayaan dari segi teknikal. Daripada lakon layar, penyediaan lagu, muzik, rakaman vokal, suntingan warna dan sebagainya, Edry nyata terbabit sama. Pendek kata, Magika buah tangan yang cukup sentimental bagi lelaki ini.

Membanggakan juga, apabila kesemua lagu ciptaannya dalam Magika dinyanyikan sendiri oleh pelakon filem berkenaan. Maka, kedengaran suara manja Danielle, suara halus Fimie serta vokal garau Mawi dan M Nasir sepanjang tayangan. Lagu duet Mawi dan Danielle juga khabarnya sudah mula disiarkan Era.

Dirakam awal tahun ini, filem yang menelan belanja kira-kira RM2 juta itu sarat dengan pesanan berguna, komedi menggeletek hati, lakonan berkesan, lagu berbagai-bagai irama, sinematografi menarik, babak mendebarkan serta pelbagai kejutan. Magika dijangka menemui peminat pada Februari tahun depan.

sumber: Berita Harian

'Elegan dan Ekslusif'.. Villa Wangsamas Condominium  

Posted by: amy ikram ismail


'Penuh ekslusif dan mewah', itulah kata-kata yang dapat saya gambarkan pada rekaan dan persekitaran kondominium yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini. Kondominium yang di beri nama 'Villa Wangsamas' ini merupakan kondominium yang baru dibuka dan ia menjadi idaman saya ketika ini. Jika diizinkan tuhan, mungkin ia akan menjadi realiti untuk dimiliki. Jika tidak, barangkali sebagai angan-angan yang mungkin bila.. dan entah untuk bersatu.

Melihat kepada suasana kolam renang (swimming pool) yang terletak di tingkat 5 kondo Villa WangsaMas ini, amat menarik perhatian saya. Kenapa?. Sebabnya, adalah ia seperti anda berada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Perhatikan rakaman imej yang diambil dari arial shot bagi memaparkan bentuk dan keluasan kolam renang ini, sungguh mengujakan. Nescaya bagi anda yang menginginkan suasana mewah ala santai, maka Villa Wangsamas perlu dimiliki dan barangkali sesuai buat hadiah untuk insan tersayang.

Video..



p/s: Yang menarik tentang kondo villa ini adalah 'ia merupakan kondo servis yang menyediakan akses kad elektronik untuk semua kawasan dan tingkat dalam kondo ini. Best bukan!!'. nak sewa la!! atau korang nak beli!!.. huhuhu

'Lembing & Layang' ... hangatkan Astro Citra mulai 4 November 2009!!  

Posted by: amy ikram ismail



akan datang mulai 4 November 2009
Setiap Rabu dan Khamis, 9 malam
di Astro Citra

Lembing dan Layang arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini mempertaruhkan barisan pelakon yang hebat yang kebanyakannya aktif dengan lakonan teater seperti Azhan Rani, Nam Ron, Zahiril Adzim, Wan Azli Wan Jusoh, Beto Khusyairy, Lisa Surihani, Natasha Hudson, Elly Suriati dan lain-lain. Ia akan menghiasi slot Suatu Ketika di Astro Citra. Nantikan kehangatannya.