Maskara Shorties... Sekadar Tayangan atau Festival?.


5 Hari lagi... Maskara Shorties yang dijadualkan 1 November 2008 akan muncul.. Satu tayangan yang menghimpunkan 20 filem pendek daripada pembikin filem muda akan diadakan. Daripada rata-rata karyawan muda yang menyertai tayangan tersebut, nama Mamat Khalid juga tersenarai di antara karyawan yang menyertai Maskara Shorties ini. Juga tidak terkecuali, blogger sensasi, Ajami Hashim juga turut membuat tayangan perdananya untuk karya berjudul 'SMS' pada 1 November 2008 di Rumah Pena, 8.00 malam. Tayangan perdana itu mengalu-alukan semua karyawan filem, pelajar dan pengkritik filem untuk sama-sama menyaksikan kira-kira 20 filem pendek yang berdurasi beberapa minit sahaja. Pada malam tersebut, juga di adakan khabarnya, sesi temubual antara setiap karyawan yang menayangkan filem mereka pada malam tersebut. Namun persoalan di sini, apakah program seperti ini adalah satu festival yang akan diadakan setiap tahun terutamanya buat para blogger dunia hiburan dalam menyampaikan isi hati mereka melalui setiap karya yang dipersembahkan?. Oleh itu, di mana pulak karya setiap pembikin filem daripada ASWARA tidak pun nampak dalam penyertaan untuk Maskara Shorties ini. Cuma yang kelihatan adalah karya Bennylita Nasuti Ramlee, menerusi filem komedi, Hari ini Hari Bodo Saya Cik. Adakah program seperti ini adalah tayangan suka-suka yang kurang menarik perhatian karyawan muda daripada sekolah perfileman tersebut?. Atau.. tayangan percuma kurang sengitnya?. Namun, bagi saya program seperti Maskara Shorties ini perlu disertai oleh ramai lagi pembikin filem muda daripada semua sekolah filem di Malaysia, kerana inilah tempat anda untuk berkongsi citarasa dan idea. Sesungguhnya ingatlah jangan membuat andaian bahawa 'filem pendek adalah hak organisasi sesebuah sekolah filem dan tidak dibenarkan membuat tayangan sesuka hati?. kononnya ia adalah hak penyiaran!'. Non-sense and Stupid answer!!. Jikalau macam tue lah kan.. kite buat filem dan simpan dalam almari kaca sahaja. Wallahuallam...

p/s: pada yang membuat tayangan pada malam tersebut. good job.. nanti amy dtg ye.. namun ada yang bertanya pada saya.. 'tak nak masukkan comolot ker'.. 'aduh..! nak mampos?', kata saya.. cukuplah dengan satu dan dua kontroversi.. nanti tak pasal2.. yang dengki dan tak puas hati tue.. bangkit lagi isu nie.. mana tau next year.. saya akan hasilkan filem pendek lain pulak ye.. bye..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Ajami Hashim berkata…
jgn janji jer nk dtg tapi tak dtg! huhu!

Maskara Shorties utk shorts bwh 10 min jer laa!.. btw sejak bulan ogos penganjur Sindiket-Soljah war2kan sapa nk join? tapi memulanya mcm senyappp jer.. fyi, lepas raya oktober baru ada yg nk antar, dan aku sbb sokong derang edit "SMS" tu within 1 day ajer!..now bila dh kuar paper & blog sana-sini, baru org nk perasankan event tuh.. haha! berkat gigihnnya derang & networking aku mana yg ada, kami ajak Mamat Khalid to join, Al-hamdulillah dia sudi nk buat "Melayu 106".. ramai lagik yg aku try ajak dtg filmmakers/actors/networking dr aku.. tgklah sapa yg muncul nnti!.. apa2 pun ini suma 'permulaan' utk filmmaker yg mungkin dr BUKAN dr film-school utk berkarya!..

p/s: jgn terkezut bila tgk tema/isi shorts tu nnti mcm 'pasar malam' coz setau aku ada mcm2 jenis!!!