Sebuah Kisah Cinta Klise.... Adakah Cinta perlukan satu pengorbanan... Selamat Pagi Cinta...


Ia sebuah kisah cinta yang merakamkan perjalanan dua plot kasih sayang antara 'Azam Suci ( Que Haidar & Sharifah Armani), dan Ilham Julia ( Pierre Andre & Fawzura) dalam sebuah naskhah pertama arahan Norliana Samsuddin, 'Selamat Pagi Cinta' yang telahpun ditayangkan sejak 20 November 2008 sehinggalah sekarang, di semua pawagam seluruh tanah air. Pembukaan filem ini terlalu klise dengan paparan sebuah kisah pertembungan antara dua karektor masing-masing antara Azam Suci, begitulah jua ia diselangi dengan kisah perkenalan Ilham Julia yang masing-masing menuntut erti sebuah pengorbanan pada keseluruhan plotnya sehingga terjadi suatu perkara yang tidak di duga kehadirannya. 'Cinta perlukan satu pengorbanan dalam sebuah kehidupan', adalah pemilihan yang jujur pada isi penceritaannya kerana kisah cinta dua kisah ini adalah agak kronik dan ia dirakamkan di dua tempat yang berbeza tetapi mempunyai matlamatnya yang sama, iaitu 'cinta dan pengorbanan'. Pada kebiasaannya, kisah cinta sebegini akan ada satu pemberontakkan antara kedua-dua kisah cinta yang dipaparkan, terutamanya pada kisah cinta Azam Suci yang dibiarkan berkecai matlamat cinta kerana perbezaan status dan pangkat, Suci anak orang berada yang dikehendaki melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan keluarganya. Pemilihan ini membuatkan hubungan cinta Azam Suci yang sebenar-benarnya suci berkecai dengan satu rasa iaitu 'impian dan pengorbanan'. Begitu juga dengan kisah Ilham Julia yang bertemu jodoh yang sangat mulia di mana mereka disatukan atas dua jiwa yang merelakan tetapi ia berakhir dengan satu tragedi yang menyayat hati di mana pemergian Ilham adalah atas kerosakan kesihatan Ilham yang secara tiba-tiba. Plot ini tidak dikupas secara mendalam dan ia dihubungkan secara tiba-tiba pada kisah Ilham Julia di mana mereka hidup penuh selesa, tetapi ia telah meragut hubungan cinta mereka. Apakah penulis lakon layar filem ini, Reanna mahukan hubungan mereka terhenti begitu sahaja, walhal ia boleh ditukar plotnya kepada penceritaan yang lain, yang tidak menggambarkan kisah cinta yang agak biasa iaitu kesedihan dan kegagalan yang memerlukan pelakon wanitanya menangis kesedihan tatkala orang yang disayanginya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya?. Walaupun 'Selamat Pagi Cinta', sebuah filem cinta remaja yang biasa dan agak klise, namun Norliana Samsuddin berjaya menimbulkan mood cinta itu menjadi satu perasaan yang sangat unik, di mana ia mengungkapkan 3 persoalan cinta iaitu 'cinta cucu pada datuknya, cinta Azam pada Suci dan Cinta Ilham pada Julia'. Dari segi penataan cahaya dan pemilihan shot di dalam filem ini, ia agak biasa dan adakalanya dalam beberapa scene seperti agak kabur terutamanya pada scene exterior di mana ia merakamkan adegan Suci dan Azam. Namun begitu, tiada apa yang menarik di dalam filem arahan Norliana Samsuddin ini, ia cuma sekadar sebuah kisah cinta biasa, klise dan agak mendatar. Cuma, mungkin ia bersesuaian dengan mood remaja itu sendiri?. Bagi saya, ia filem yang agak biasa pada tahun 2008 ini.

keseluruhan filem: **

Catat Ulasan

1 Ulasan

Ajami Hashim berkata…
"Apakah penulis lakon layar filem ini, Reanna mahukan hubungan mereka terhenti begitu sahaja.."

diknon, scriptwriter ialah pierre andre.. lalala..