'Wasurenagusa' , filem terbaru arahan Yasmin Ahmad

'Wasurenagusa' bermaksud 'sekuntum bunga' dalam bahasa Jepun menjadi tajuk filem terbaru arahan pengarah profilik, Yasmin Ahmad. Filem yang bakal menampilkan Sharifah Armani bersama pelakon-pelakon ternama dari Jepun itu khabarnya mendapat tajaan sepenuhnya daripada Japan Entertainment yang akan memulakan proses produksinya tidak lama lagi. Wasurenagusa adalah sebuah kisah percintaan penuh dramatik yang lebih memfokuskan kepada nilai kasih sayang sesama manusia antara Malay-Japan, di mana keseluruhan lokasi penggambaran filem ini akan berlaku di negara Jepun sepenuhnya, di samping ia tidak melupakan nilai budaya Malaysia amnya. Di dalam kenyataan kepada media, Sharifah Armani menjelaskan bahawa' filem ini mempunyai jalan cerita yang mudah tetapi agak menarik kerana menunjukkan pertembungan antara dua budaya iaitu Melayu dan Jepun tetapi akhirnya dua insan berbeza budaya ini boleh tertawan. Menariknya, dalam masyarakat Melayu ni kita suka menonjolkan kasih sayang dan akan bersalam dan mencium pipi apabila berjumpa keluarga sebaliknya di dalam budaya Jepun ni mereka kurang berpelukan dan bersalaman. Mereka suka ‘bow’ seolah-olah tidak ramah dan tidak mengekspresikan kasih sayang mereka. Di dalam filem ini, saya melakonkan watak orang Malaysia yang berjumpa dengan seorang lelaki Jepun. Saya merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan terlalu ramah sehingga lelaki tadi perasankan saya sedang bercakap seorang diri dengan bunga seolah-olah mempercayai saya ini tidak waras. Apabila berjumpa, banyak kenangan antara kami,” cerita Nani mengenai serba sedikit sinopsis filem yang pada pandangannya berkisarkan tentang cinta.

Filem ini akan memulakan penggambaran pada pertengahan 2009 ini yang akan menggunakan dua lokasi iaitu Jepun dan Malaysia. Justeru, amy ikram berharap agar filem Wasurenagusa ini akan menjadi sejarah pertama di dalam industri filem Malaysia, di mana karyawan tempatan seperti Yasmin Ahmad mula mengorak langkah dalam menerbitkan filem-filem bertemakan 'kasih sayang sejagat' yang kontranya lebih luas dan tidak tertumpu kepada budaya Malaysia sahaja. Oleh itu, pastinya filem ini akan mendapat tempat di hati jutaan penonton bukan sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia dan tentunya akan di nobatkan filem terbaik Japan. Insya-allah.


p/s: Di harapkan Yasmin dapat memberikan sedikit maklumat berkaitan filem ini ye.. Jika ditayangkan nanti, jangan lupa ye khabar-khabarkan kepada kami semua.. good luck and sukses to kak min... amy ikram masih menantikan filem Muallaf yang akan di tayangkan di Malaysia pada Julai 2009 nanti. Jangan lupa ye ramai-ramai kite serbu ke pawagam berhampiran untuk menyaksikan filem Talentime pada 26 Mac 2009.. Sebuah filem yang penuh touching dan menyentuh perasaan semua penonton..

* Malam ini 'Talentime Gala Night at Cathay Cineplexes, the Curve, Damansara 8 pm. Yang dapat jemputan, let's go... jangan tak datang.. kerana ia menjanjikan kepuasan dalam talentime*.. 5 stars to talentime..

Catat Ulasan

0 Ulasan