Muallaf: Antara maksud ayat dan surah agama....



Salam..

Jika anda menonton Muallaf arahan Allahyarham Yasmin Ahmad tentunya anda bingung mendengar beberapa nombor yang disebut Rohani (Sharifah Aleysha) setiap kali dialog melatari visual yang dipaparkan. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan bagi setiap nombor yang disebut Rohani itu?. Di sini saya senaraikan maksud kandungan ayat dalam surah agama yang terdapat di dalam Muallaf....



Kajian Ayat dan Surah Al-Qur'an yang terdapat dalam Muallaf..

  1. Rohana menjeritkan nombor surah apabila dirotan oleh Puan Siva. (Surah Al-Fiil 105:1) - Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
  2. Rohana menyebut nombor surah apabila Brian memberitahunya kemungkinan yang bakal dihadapi Puan Siva ketika membawa Rohana pulang. (Surah Al-Kauthar 108:3) - Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
  3. Rohana menyebut nombor surah apabila Rohani mengatakan bahawa mereka sekurang-kurangnya berpakaian senonoh (kedua-dua beradik sedang memakai telekung pada ketika itu). ( Surah An-Nuur 24:31) - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
  4. Rohana menyebut nombor surah apabila Rohani mengatakan mereka bukannya lari dari rumah, tetapi lari untuk menyelamatkan diri, apabila menjelaskan mengapa mereka meninggalkan rumah dan tinggal bersendirian. ( Surah An-Nahl 16:41) - Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
  5. Rohana menyebut kedua-dua nombor dan kandungan surah ketika berbincang sesama Rohani sambil bersarapan roti canai bersama Brian. ( Surah Al-Baqarah 2:62) - Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani/Kristian) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  6. Rohani menyebut tentang surah tersebut ketika dia dan Rohana berbincang tentang perbezaan yang boleh wujud dalam terjemahan dan interpretasi Al-Qur’an oleh penterjemah mahupun ulama. (Surah An-Nisaa’ 4:43) - Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
  7. Rohana menyebut nombor surah ketika dua beradik itu meninggalkan Brian seketika untuk mengerjakan solat Zuhur di masjid berhampiran. ( Surah An-Nuur 24:37) - (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
  8. Surah terakhir Al-Baqarah yang dibacakan oleh Rohani kepada Mei Ling, budak perempuan yang terlantar koma di hospital. ( Surah Al-Baqarah 2:286) - Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir..
  9. Rohani menyebut nombor surah apabila Brian mengatakannya bahawa dia tidak suka berpisah dengan harta duitnya ketika berbual sambil memerhatikan kelas taekwondo Rohana. (Surah Al-Humazah 104:3) - Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya.
  10. Rohani menyebut nombor surah ketika berbual dengan Brian tentang bagaimana dia telah hilang kepercayaannya terhadap agama Kristian. (Surah Al-Kafirun 109:6) - Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.
  11. Rohani menyebut nombor surah dalam perbualan telefon kepada Brian untuk memakluminya keadaannya setelah meninggalkan Ipoh untuk mecari adiknya yang dirampas ayahnya. (Surah An-Nasr 110:1, 2 & 3) - Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Kajian Ayat dalam Kitab Injil yang terdapat menerusi filem Muallaf..

  1. Rohana menyebut kandungan ayat apabila Puan Siva kerapkali memberitahunya bahawa ibunya telah meninggal dunia. (Matthew 5:4) - Berbahagialah orang yang bersedih hati; Tuhan akan menghibur mereka!
  2. Rohana menyebut nombor ayat, setelah terdengar perbualan antara Brian dan Rohani dalam kereta Brian setelah dia membantu membaiki skuter Rohani. 1 (Corinthians 13:2) - Meskipun saya pandai menyampaikan berita dari Tuhan, dan mengerti semua hal yang dalam-dalam, dan tahu segala sesuatu serta sangat percaya kepada Tuhan sehingga dapat membuat gunung berpindah, tetapi saya tidak mengasihi orang-orang lain, maka saya bukannya apa-apa! 2 (Corinthians 13:4 – 10) - a) Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. b) Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak mendendami kesalahan orang lain. c) Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran. d) Ia meliputi segala-galanya, percaya terhadap segala-galanya, mempunyai harapan terhadap segala-galanya, sabar dalam menanggung segala-galanya. e) Kasih tidak berkesudahan; ramalan akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap. f) Oleh sebab pengetahuan kita tidak lengkap dan ramalan kita tidak sempurna. g) Tetapi jika yang sempurna tiba, maka yang tidak sempurna itu akan lenyap.

Pengakuan-Pengakuan St. Augustine

  1. Rohana menyebut ayat berkenaan apabila Rohani cuba menjelaskan kepada Bro. Anthony bahawa pekerjaannya di bar adalah untuk sementara waktu. (Confession 8.7.17) - Kurniakanlah aku kesucian dan ketahanan diri, tetapi belum sampai waktunya
    (Grant me chastity and continence, but not yet)

    Terjemahan mungkin kurang tepat, para pembaca yang mengetahui terjemahan yang tepat dijemput memperbetulkannya.


Dàodé Jīng (Tao Te Ching)

Terjemahan mungkin kurang tepat, para pembaca yang mengetahui terjemahan yang tepat dijemput memperbetulkannya.

  1. Rohana menyebut kandungan ayat apabila Puan Siva kerapkali memberitahunya bahawa ibunya telah meninggal dunia. a - (Bab 6) Roh Asli tidak akan lenyap, bahkan Dialah ibu kepada segala-galanya. The Valley Spirit never dies, for aye the same. b- (Bab 81) Ayat benar tidak sedap didengar, ayat yang sedap didengar tiada kebenarannya. True words are not fine-sounding, fine-sounding words are not true.
  2. Rohani menanyakan soalan berkenaan kepada Rohana apabila bersama-sama Rohana memaafkan mereka yang menyinggung mereka sebelum masuk tidur. Rohana menjawab, “Air”. (Bab 43) - Apakah jasad yang paling lembut bahkan dapat menghempaskan segala-galanya yang bak batu kekerasannya? What is of all things most yielding and can overwhelm that which is of all things most hard?
  3. Puan Yap (salah seorang guru) menanyakan ayat tersebut kepada Rohana. (Bab 25) - Adanya sesuatu yang tiada bentuknya tetapi lengkap, yang wujud sebelum adanya langit dan bumi. There was something formless yet complete, existing before heaven and earth.

Nota : Salah satu ayat yang disebut dalam filem tidak berasal dari mana-mana kitab agama, yakni

"And so you see I have come to doubt (Jadi engkau telah melihat aku mula kurang percaya)
All that I once held as true (Segalanya yang aku pernah menganggapnya benar)
I stand alone without beliefs (Ku berdiri keseorangan tanpa kepercayaan)
The only truth I know is you (Kebenaran yang hanya ku tahu adalah mu)"

yang dipetik dari sebuah lagu bernama Kathy's Song oleh Paul Simon dan Art Garfunkel.
Ayat ini disebut dalam perbulan antara Brian dan Rohani dalam kereta.

p/s: Yasmin menghasilkan Muallaf dengan membuka 4 buah kitab utama - Al Qur'an, Injil, St.Augustine dan Tao Te Ching. Beliau tidak menghina mana-mana agama sepertimana yang dilaporkan beberapa laman web yang mengkritik filem tersebut. 'Muallaf', the best film critics!!!.

Catat Ulasan

2 Ulasan

ANULUS berkata…
Mualaf sebuah filem agama.Syabas ulasang yg menarik. drama biasa hanya memaparkan imej bertudung je kononya agama.tapi tidak bagi Mualaf. mualaf melalui penyampaian agama secara dalaman. Yasmin pasti tiada pengganti. Syabas...
Unknown berkata…
crite ni pnoh dgn msj trsirat yg berguna & pnoh makne.. syabas Yasmin